UMNO boleh hilang kerusi jika perbelanjaan PRU13 melebihi jumlah yang dibenarkan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya.
KUALA LUMPUR : Perbuatan ahli dan pemimpin UMNO yang terus mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dana RM2.6 bilion akan mengakibatkan UMNO ‘menanggung rugi’.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerusi yang dimenangi UMNO
pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu boleh terbatal jika perbelanjaan melebihi jumlah yang ditetapkan.
“Ini korek lagi, korek lagi, salah korek kita yang terima. Sebab di bawah Akta Pilihanraya, setiap calon Parlimen tak boleh berbelanja lebih RM200,000.
“Calon Dewan Undangan Negeri tak boleh belanja RM100,000.
“Sebab kalau kita belanja lebih pada pilihan raya, sama ada kerusi DUN atau Parlimen kemenangan akan diisytiharkan tidak sah.
” Nurul Izzah kemukakan saman kepada mahkamah untuk mengisytiharkan kemenangan UMNO batal sebab kita duk kecoh duit RM2.6 bilion itu.
“Dia kira sendiri walaupun tidak ada bukti,” katanya selepas merasmikan Seminar Pemaju Masyarakat Risda 2015 di Hotel Kuala Lumpur International pada Jumaat.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, pihak pembangkang hanya menunggu masa untuk UMNO mendedahkan perbelanjaan PRU13.
Beliau menegaskan menjadi tradisi dalam UMNO tidak ambil peduli mengenai wang yang disalurkan ketika pilihan raya.
Katanya, tradisi itu telah diamalkan oleh beberapa Presiden UMNO sebelum Najib.
“Yang penting duit kita dapat waktu pilihan raya untuk menang pilihan raya. Duit dari pusat hantar ke negeri, negeri hantar ke bahagian.
“Mana pernah Ketua Bahagian isytihar duit yang kita terima banyak ini..tak pernah. Itu cara kita dalam UMNO. Cara kita daripada dahulu. Daripada beberapa Perdana Menteri,” katanya.
No comments:
Post a Comment