BERNAMA
Pemandangan di kawasan perkhemahan di Mina, berhampiran Makkah. - Foto arkib Reuters
MAKKAH, Satu kebakaran yang dilaporkan berlaku semaalm, di khemah penempatan jemaah haji, di Mina, tidak membabitkan jemaah Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kejadian pada petang
Jumaat itu berlaku di perkhemahan jemaah haji dari Mesir dan dipercayai
berpunca daripada sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.
“Tiada jemaah haji Malaysia terlibat.
Semua anggota keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu risau,
kerana mereka semua berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Menurut berita yang disiarkan di laman
web Mesir, Al-Youm al-Sabea, sebuah khemah milik jemaah haji Mesir
terbakar, semasa mengerjakan ibadah haji pada Jumaat.
Laporan itu menyebut, lapan jentera bomba
dan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian, dan anggota bomba
berjaya memadamkan kebakaran itu tidak lama kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
No comments:
Post a Comment