KUALA LUMPUR: PAS akan terus 'mengikat' ahli parti yang dipilih menjadi
ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui bai'ah
bagi memastikan ahlinya tidak mengkhianati perjuangan parti Islam itu
selain memastikan kelangsungan parti tersebut.
"Ya (ikat calon), itu antara tujuan dan objektif kepada bai'ah itu
adalah supaya calon-calon atau mereka yang menang nanti tidak melakukan
perkara yang merugikan parti," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin
Hassan.
Jelas beliau, lafaz bai'ah atau ikrar taat setia perlu dikekalkan bagi memastikan ahlinya terus istiqamah dalam perjuangan.
"Ini adalah merupakan ikrar ataupun janji yang telah diamalkan sejak awal tahun 1980 dulu memang sudah ada bai'ah.
"Bai'ah itu dengan maksud sumpah setia supaya tidak berlaku
pengkhianatan, penyelewengan dengan tujuan nak menunjukkan mahalnya
harga sebuah perjuangan dan tingginya nilai amanah yang diberikan oleh
rakyat kepada seorang pemimpin," katanya dalam temubual ekslusif bersama
Antarapos.
Nasrudin mengulas isu sumpah bai'ah berikutan beberapa wakil rakyat PAS
yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu akan meninggalkan
parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan
berkata lafaz bai'ah telah lama diamalkan di Kelantan iaitu sejak 2004,
terhadap mana-mana wakil rakyat negeri itu yang mahu meninggalkan atau
melompat ke parti lain dengan sukarela.
Antara kandungan bai'ah tersebut termasuklah perlu melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
Lafaz bai'ah telah lama diamalkan PAS terhadap mana-mana wakil rakyat
negeri itu yang mahu meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan
sukarela.
Perlanggaran terhadap lafaz bai'ah perkara yang terkutuk dan tercela
Menurut Nasrudin lagi, mana-mana wakil rakyat PAS yang menyokong
perjuangan parti lain atau menyertai parti lain telah melanggar sumpah
bai'ah yang dilafazkan kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan
tiket parti itu.
"Jadi tak boleh nak berikan amanah dan tangggunjawab itu hanya dengan
sekeping kertas yang kita panggil sebagai watikah melainkan ia mestilah
menunjukkan satu sumpah taat setianya.
"...dan saya percaya kalau kita lihat amalan biasa kakitangan kerajaan
pun mereka akan mengisi apa yang disebut aku janji untuk tidak
mengkhianti atau merosakkan reputasi sendiri sebagai kakitangan
kerajaan," katanya.
Ini kerana katanya, semua wakil rakyat dan calon yang dipilih
bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam
perjuangan dan tidak khianat kepada parti.
"Begitu juga dengan calon-calon dalam pilihan raya sebab ini amanah
besar selain daripada pemimpin parti, dia juga adalah kepada rakyat yang
memberikan amanah kepada mereka," katanya.
Justeru Ahli Parlimen Temerloh ini yakin isu sumpah bai'ah tidak akan
menjadi polemik yang berpanjangan namun menegaskan pelanggaran terhadap
perkara itu merupakan perkara yang terkutuk.
"Jadi oleh kerana itu saya yakin soal bai'ah tidak akan terus berbangkit dan kita akan terus kekalkan.
"Sebarang perlanggaran terhadap bai'ah itu sesuatu yang sangat terkutuk
atau tercela sebab ia mengkhianti sebuah amanah yang besar," katanya.
No comments:
Post a Comment