PUTRAJAYA - Negara mungkin akan berdepan dengan persepsi berkaitan
skandal badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang akan bermula esok.
Tidak menolak kemungkinan persoalan tersebut akan dibangkitkan dalam
persidangan IACC, pengerusi persidangan, Datuk Mustafar Ali berkata,
pihaknya sudah bersedia untuk berdepan dengan isu tersebut jika ia
dibangkitkan.
“Persepsi akan ada namun langkah-langkah pencegahan berkesan yang
dilakukan oleh badan SPRM akan mampu mengetengahkan fakta dan kejayaan
SPRM di dalam persidangan itu nanti.
“Kita mengetengahkan usaha-usaha dan langkah strategi yang dilakukan
oleh SPRM dan kerajaan. Apa yang kita ingin tekankan dalam persidangan
nanti adalah jalan penyelesaian dan kaedah yang kita ambil dalam
mendepani isu rasuah dalam negara,” katanya ketika ditemui pemberita
pada sidang media berkaitan Persidangan IACC di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 1,000 sertai persidangan antirasuah mulai esok]
Persidangan IACC merupakan persidangan peringkat antarabangsa yang
digariskan khusus untuk menentang dan memerangi rasuah di setiap negara
yang terlibat.
Lebih 130 negara menghantar wakil masing-masing untuk berkongsi ilmu
dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam membasmi gejala rasuah di
negara yang terlibat.
No comments:
Post a Comment