Oleh Nur Shakira Buang
BENTONG: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau bertanding
jawatan Timbalan Presiden PAS kerana yakin boleh memperkasakan parti itu
untuk menjadi tonggak utama Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya.
Beliau berkata, adalah wajar parti itu diperkuatkan sebagai parti utama
di dalam Pakatan Rakyat memandangkan PAS sudah menjangkau usia lebih
enam dekad,
"PAS mesti dilihat sebagai satu parti yang dominan atau parti yang utama dalam PR, sesuai dengan usia PAS yang sudah 63 tahun.
"Maka, harapan orang ramai khususny ahli PAS ialah PAS mesti
diperkasakan, mesti kuat sebagaimana juga kita perlu ketiga-tiga parti
kompenan dalam PR kuat.
"Kalau PAS gagal mendapat undi khususnya dikalangan pengundi Melayu
maka hasrat PR untuk ke Putrajaya tidak akan berjaya," kata beliau yang
melepaskan jawatan Naib Presiden PAS untuk bersaing bagi jawatan
Timbalan Presiden.
Tuan Ibrahim berkata aspirasi akar umbi mahu membina PAS yang lebih
kuat di terjemahkan dalam pencalonan yang begitu tinggi untuk beliau
tampil menyokong gerak atur presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
selaku timbalannya bagi terus meperkasakan PAS.
Berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima, Tuan Ibrahim mempunyai
peluang cerah memenangi jawatan timbalan presiden setelah penyandangnya
Mohamad Sabu hanya menerima 12 pencalonan berbanding 94 yang diterima
oleh Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Desakan untuk PAS mengkaji semula kerjasamanya dengan DAP dan PKR semakin lantang selepas pilihan raya umum ke 13.
Meskipun menjadi parti pembangkang terbesar di Malaysia dengan lebih
sejuta ahli, PAS hanya mampu meraih 21 kerusi parlimen pada PRU 13,
berbanding 30 oleh PKR manakala DAP memenangi 38.
Umno-Barisan Nasional juga berjaya menawan semula kerajaan negeri Kedah daripada PAS.
Prestasi suram berkenaan dikaitkan dengan persepsi bahawa PAS cepat
beralah kepada kehendak DAP dan PKR dalam isu-isu tertentu, sehingga
menghakis keyakinan pengundi Melayu, terhadap parti itu, khususnya di
luar bandar di mana Umno kembali meraih sokongan.
Kejayaan besar DAP pad PRU 13 pula dilihat menjadikan parti itu
semakin angkuh dalam menolak dasar-dasar Islam PAS, khususnya
pelaksanaan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak boleh
bekerjasama dengan kepimpinan ulama yang diterajui Hadi, sekali gus
mengundang tuduhan bahawa parti itu cuba campurtangan dalam pemilihan
PAS Khamis ini.
Perbalahan DAP-PAS menimbulkan pertembungan golongan ulama di dalam
PAS yang mahu mengkaji semula kerajsama tahaluf siyasi dengan antara PAS
dengan PKR dan DAP serta golongan professional yang selesa dengan
bentuk kerjasama yang sedia ada dalam pakatan itu.
Tuan Ibrahim berkata keputusanya untuk bertanding jawatan timbalan
presiden juga didorong oleh hasrat merapatkan saf di dalam PAS.
"Saya lihat ada keperluan dalam konteks apa yang sedang berlaku
sekarang ini dimana wujud pertembungan dalaman parti yang memerlukan
satu usaha yang bersungguh untuk merapatkan kembali jurang yang ada
dikalangan ahli parti.
"Dan saya tengok mungkin di situ saya boleh berperanan untuk penyatuan
dikalangan dua-dua kumpulan walaupun kedua-dua kumpulan ini
tidaklah...nak kata pertembungan ulama dan profesional saya ingat tidak,
" ujar beliau.
Tuan Ibrahim berkata nama-nama jolokan yang diberi kepada
kumpulan-kumpulan tertentu adalah hanya kerana kehangatan kempen pilihan
raya.
"Setakat ini media pun umum tidak tahu untuk menamakan kumpulan
tersebut apa...ada yang kata ulama lawan profesional, kumpulan Anwarinas
menentang ulama, kumpulan pro-pakatan tentang Pakatan Rakyat dan
berbagai-bagai lagi.
"Sebenarnya tidak ada pertembungan begitu dalam bentuk
kumpulan-kumpulan sebaliknya ada perlumbaan bagaimana untuk kita memilih
kepimpinan baru itu sahaja," kata beliau dalam meremehkan persengketaan
di antara dua kumpulan berkenaan.
Pemimpin kanan PAS itu menegaskan parti itu hanya boleh bergerak ke
depan dengan gandingan semua pihak, tidak kira latar belakang mereka.
"Ada ulama dan profesional, bagi PAS ketiga-tiga kompenan ini kita
terima secara baik sama ada ulama, profesional atau aktivis parti.
"Mereka ini penyumbang kepada parti dan kita tak mungkin menolak atau
mengambil satu... sebab kita parti politik yang mana mesti menerima
semua kumpulan dalam perjuangan kita," kata beliau.
No comments:
Post a Comment