SHAH ALAM -
Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong
warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di
laman sosial Facebook.
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.
"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
"Saya yang merupakan penduduk
tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa
lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.
Sementara
itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut
menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak
tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
Memetik
kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS),
Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah
menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
"Sikap
pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan
segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai
tempat suci mereka.
No comments:
Post a Comment