MALAYSIAKINI
Anggota jawatankuasa PAS, Nik Abduh Nik Aziz berkata, DAP sepatutnya
berterus-terang dalam menyatakan hasrat agar parti Islam itu keluar dari
Pakatan Rakyat.
Katanya, DAP tidak sepatutnya hanya memutuskan kerjasama dengan Datuk
Seri Abdul Hadi Awang kerana presidennya itu sememangnya mewakili PAS
dalam Pakatan.
“DAP tak boleh tertumpu pada individu sedangkan Tuan Guru Haji Hadi
adalah presiden PAS dan mewakili PAS dalam Pakatan,” katanya.
Beliau juga melihat pengumuman DAP untuk memutuskan kerjasama dengan
presidennya itu sebagai “kalam berlapik” untuk memberi tekanan dalam PAS
dan Pakatan untuk menyingkirkan Hadi.
“Apa yang saya faham, ia mahu menekan PAS, mencampuri urusan dalaman
supaya menolak (Hadi). Walau bagaimanapun, saya mahu DAP (nyatakan)
secara jelas.
“Ia bukan soal individu, tapi ini soal dasar... bukan soal Hadi tinggalkan Pakatan.
“Soalnya, (DAP) perlu minta PAS tinggalkan Pakatan, jangan (cakap) berlapik,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment