KEPADA pemimpin yang mengaku dirinya Islam, apa
sumbangan kita terhadap Islam, terutama ketika Islam dan hukumnya dihina
dan dikeji? Sebenarnya kita mahukan Islam atau tidak? Atau apakah
mungkin ada yang beranggapan Islam itu menyusahkan. Hati-hati.
Macam-macam alasan diberikan bagi menunjukkan kita tidak menolak hudud. Hudud Pas lah, bukan hudud sebenarlah dan berbagai hudud lagi. Jadi, di mana hudud sebenar? Jika tidak ada yang mulakan, macam nak tahu hudud sebenar? Atau mungkin sampai kiamat baru nak buat hudud?
Macam-macam alasan diberikan bagi menunjukkan kita tidak menolak hudud. Hudud Pas lah, bukan hudud sebenarlah dan berbagai hudud lagi. Jadi, di mana hudud sebenar? Jika tidak ada yang mulakan, macam nak tahu hudud sebenar? Atau mungkin sampai kiamat baru nak buat hudud?
Lihat saja evolusi Perlembagaan Persekutuan. Adakah ia muncul tiba-tiba? Mesti ada yang memulakan. Perlembagaan Malayan Union 1946, diperkenalkan British, ditentang Melayu dan akhirnya dimansuhkan. Kemudian, lahir Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Kemuncaknya, adalah Perlembagaan 1957, hasil muafakat bersama. Apabila Sabah Sarawak membentuk Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 diguna pakai ke hari ini. Pendek kata, tidak akan ada yang sebenar, tanpa ada yang memulakan.
Hari ini Pas sudah mulakan. Hudud Pas itu, hududlah. Kalangan yang menggubalnya adalah pakar. Peliknya kenapa ada pemimpin Pas sendiri pun tidak yakin? Apakah mereka takut akan dikenakan hudud? Jika ada pun kelemahan dan kekurangan, perbaiki dan buatlah penambahbaikan selepas itu. Bagaimana nak jadi sempurna (sebenar) kalau tidak ada yang mulakan?
Sekurang-kurangnya dengan adanya inisiatif ini, hudud telah menjadi perbualan ramai. Yang tahu bertambah tahu dan tidak tahu menjadi tahu. Semua ini ada hikmahnya. Cuma, yang dibimbangi adalah yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu.
Jangan salahkan atau mangsakan Pas untuk tolak hudud. Saya tidak kata hudud Pas itu sudah lengkap. Banyak ruang lagi untuk dibahaskan. Beri peluang. Lagipun di Kelantan sahaja. Ditakdirkan jika gagal sekali, yang terkesan hanya Kelantan, negeri-negeri lain masih selamat. Kenapa terlalu bersangka buruk. Bayangkan selepas ini Pas memang berjaya melaksanakan hudud dan nampak kebaikannya, adakah negeri lain akan turut serta? Tidak juga. Sebenarnya pintu hati kita sudah tertutup.
Sebab itu, saya sangat teruja apabila MB Terengganu mengucapkan tahniah dan menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan. Beliau mengharapkan Pas akan turut mendapatkan sokongan di peringkat parlimen kelak. Inilah negarawan sebenar.
Terengganu katanya, sedia mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan hudud, jika rakyatnya faham dan bersedia. Buat masa ini, kerajaan negeri mahu memberi fokus tarbiah (Islamisasi) yakni dengan mendidik masyarakat terlebih dahulu.
Kata-kata ini sepatutnya keluar daripada setiap pemimpin Umno. Bukan menolak dan ada yang berkata membuang masa. Apakah mereka yang berkata ini takut akan dihududkan bila dilaksanakan nanti?
Saya bukanlah pengikut Pas, tetapi saya menyokong usaha baik yang dilakukan, apatah lagi mendaulatkan hukum ALLAH. Saya akur, ada negara Islam melaksanakan hudud telah gagal. Itu silap manusia. Jangan salahkan Tuhan. Ajaran Tuhan itu sempurna.
Jika tidak yakin dengan hudud Pas, kemukakan hudud yang sebenar. Jika tidak mampu, lebih baik diam. Jangan buat perkara pelik-pelik yang tidak menguntungkan Islam, seperti pekerja radio BFM.
Bila sudah jadi sensasi dan kontroversi, sibuk nak cover line, dengan mengatakan ini hudud Pas, bukan hudud sebenar. Malangnya, si bapa turut memihak kepada anak. Bincangkan apa yang benar, apa yang salah. Bukan memihak membuta tuli.
Jika ditakdirkan hudud yang bakal dibentangkan gagal mendapat sokongan di parlimen, sekurang-kurangnya Pas telah melakukan sesuatu. Itu lebih baik daripada mereka yang tidak yakin dan kuat menentang. Apakah kita tidak berasa malu dengan kata-kata Elaine Xian Xian (Cina Kristian) dalam FBnya.
"Hudud, Qisas, Ta’zir. Understand it before make any statement about Islam law cruel. Hudud tdk (tidak) kejam. Yang kejam hanya manusia. Jika you nampak 1 negara itu lakukan hudud kejam, itu daripada pemimpin tdk (tidak) adil & tdk (tidak) amanah. And remember that, that is not hudud. Itu cuma hukuman manusia yang mengaku hudud. Please understand it & jangan tertipu. Especially for my non Muslim friends. I tegaskan, hudud tdk (tidak) kejam. That’s why we must understand what is hudud? What is Qisas? What is Ta’zir? For Muslim, hudud itu penting & pelaksana hudud pun penting. I’m people who’s support hudud. Kerana i nampak undang2 (undang-undang) ini adil dengan kajian i. And congratulation again to Kelantan. May God ease everything. Everything will become smoothly with full of bless."
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA
No comments:
Post a Comment