MALAYSIAKINI
Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima
panggilan bom palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali awal hari
ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata seorang
kerani mahkamah telah memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 9.30 pagi
tadi tentang panggilan berkenaan daripada seorang lelaki.
Katanya, kerani itu mengatakan pemanggil dipercayai berbangsa India berdasarkan telor percakapannya.
Orang itu mendakwa bom akan meletup dalam tempoh tiga minit, kata Abd Rahim.
Beliau berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Negeri Kedah dan dibantu oleh anggota Polis Kubang Pasu tidak
menemui sebarang objek mencurigakan.
Polis kemudian mengisytiharkan kawasan persekitaran mahkamah itu selamat dan mahkamah dibenarkan menyambung semula prosidingnya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment