MALAYSIAKINI
Polis tidak menahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah
Ibrahim, seperti sering dikenakan pada pemimpin pembangkang, kerana
kenyataan mereka dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan)
memberitahu demikian di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan M
Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kenapa pemimpin-pemimpin Umno tidak ditahan
berhubung kenyataan kontroversi mereka.
Zahid berkata siasatan terhadap Ismail dan Mashitan dapat diselesaikan dalam tempoh sehari.
“Tidak benar hanya anggota pembangkang sahaja ditahan.
“Terdapat juga penyokong kerajaan yang ditahan,” kata Zahid.
Ismail bulan lepas mencetuskan kontroversi selepas meminta orang Melayu
memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang selari
dengan harga baru petrol dan diesel pada masa itu.
Beliau disiasat bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Mashitah pula dalam perhimpunan agung Umno Disember tahun lalu berkata
dimaklumkan terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara
membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat
awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan
atau kaum.
No comments:
Post a Comment