MALAYSIAKINI
Rosli Dahlan, yang mewakili pengurus stor Borders Nik Raina Nik Abdul
Aziz dam sarjana Kassim Ahmad, akan menghadapi tugas mencabar esok.
Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail akan memfailkan rayuan
untuk mengetepikan saman RM24 jutanya kerana pertuduhan berniat jahat.
Dengan tarikh 1 April esok, Rosli mungkin tertanya-tanya sama ada
perkara itu sebuah jenaka Hari April Fool untuknya dalam kes saman
berprofil tinggi di Mahkamah Rayuan esok.
Dalam kes itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Muhasa Hasan dan Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu
Kassim Mohamed dinamakan sebagai defendan atas kapasiti peribadi.
Kes itu berkaitan apa yang dikenali sebagai “skandal Copgate “ yang difailkan Rosli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013.
April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menolak
permohonan Gani untuk mengetepikan saman itu atas alasan AG “tidak kebal
terhadap tindakan undang-undang”.
No comments:
Post a Comment