MAA : Lupus Kereta Lama & Berusia.
Tidak Selamat! Dasar Skrap Nasional Bakal Dilaksanakan : Masih ingat
dalam ingatan Berita Semasa, sekitar tahun 1998 pelajar Malaysia yang
menuntut di US hanya membeli kereta Hyundai pada harga US$500. Kemudian,
ia akan diturunkan kepada pelajar junior pula. Tiba-tiba, apabila balik
ke Malaysia……kereta yang sama tetapi kereta terpakai dijual pada harga RM30,000. Anda mampu? Fuh…..berpeluh sekejap.
Jikalau di Jepun ada ditawarkan
mekanisme menukar & lupus kereta lama. Sebab apa? Kereta di Jepun
murah, atas nama keselamatan, keseimbangan jumlah kereta di atas jalan
raya ia sangat sesuai untuk dilaksanakan.
Dan berita terkini yang diperolehi,
Malaysia tampak semakin berminat untuk mengikut model yang diamalkan
dasar lupus kereta lama di Jepun untuk dilaksanakan pula di Malaysia.
Setuju?
KLIK SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?
Berita Dasar Skrap Nasional Lupus Kereta Lama & Berusia
KUALA LUMPUR: Dengan pertambahan lebih 600,000 unit kenderaan baharu setiap tahun, dasar skrap nasional untuk melupuskan kenderaan berusia wajar dirangka, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata persatuan itu sudah mencadangkan kepada kerajaan supaya dasar itu diwujudkan bagi memastikan adanya kaedah tersusun dalam jangka panjang untuk melupuskan kenderaan yang tidak lagi selamat di jalan raya.
Katanya, dasar skrap kenderaan perlu dirumus secara menyeluruh untuk membabitkan semua model dan jenama.
Lagi Sambungan Butiran Berita Dasar Skrap Nasional di bawah ini..
Bagi Berita Semasa melihatkan harga
kereta di Malaysia yang cukup menakutkan sehinggakan diangkat sebagai
negara yang menawarkan (KLIK : Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal di Dunia), selepas Singapore sehingga terpaksa mengikat perut membayar hutang kereta 9 tahun.
“Berapa ramai yang mampu buat pinjaman kereta 7 tahun, apatah lagi sesingkat 5 tahun?”
Terkini, rakyat Malaysia diajak bersedia
untuk pelaksanaan lupus kereta lama sekaligus “memaksa” anda semua
terus membuat hutang baru dan menjadi pelanggan setia bank-bank di
Malaysia.
Bagi Berita Semasa sendiri merasakan
bukan semua rakyat Malaysia mampu membeli tukar dan beli kereta baru
jika mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan kelak.
Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta Lama) VS Penambahbaikan di Malaysia
Lebih baik pada masa sekarang tumpukan
kepada beberapa aspek seperti di bawah ini sebelum mahu melaksanakan
mekanisme lupus kereta lama :
- Hapuskan AP yang diberikan secara terus dengan kadar segera kepada kapitalis-kapitalis di Malaysia yang jadi kaya-raya hasil “Skim Cepat Kaya” versi VVIP ini di Malaysia. Wujudkan Sistem AP yang benar-benar terbuka. Tiada lagi istilah “AP KING di Malaysia”
- Pendapatan rakyat Malaysia kelas pertengahan ke bawah perlu ditingkatkan
- Kualiti sistem jalan raya di Malaysia dipertingkat
- Tingkatkan perkhdimatan awam bukan hanya berlegar di Lembah Klang sahaja tetapi di seluruh negara
- Ini kerana pembeli kereta datang daripada seluruh negeri di Malaysia, bukan sekadar di bandar-bandar besar di Malaysia sahaja
- Duti eksais dikurangkan
- Jikalau lupus kereta lama pelru ditawarkan diskaun yang munasabah, bukan hanya diberikan saguhati RM5,000. Ini gimik namanya.
- Sekaligus kuasa beli rakyat Malaysia akan meningkat semula
- Dan pada masa itu, adalah masa terbaik untuk melaksanakan mekanisme lupus kereta lama ini sepertimana yang dipraktikkan di Jepun, Singapore
Hakikatnya, kita hanya mengikut cara dan dasar negara lain sekerat-sekerat sahaja.
- Di Singapore contohnya, perkhidmatan pengangkutan awam di sana cukup efisien dan menyeluruh meliputi 95% kawasan.
- Jikalau di UK, dengan gaji 3 ribu pound sterling, selepas 5,6 bulan sudah boleh beli kereta baru Mini Cooper
- Jikalau di US, jikalau anda kerja part time cuci kereta sebulan dua boleh ambil sebuah kereta terpakai
- Malaysia?
HASIL KAJIAN : 4 Juta Pekerja Malaysia Berpendapatan RM2,000 Sebulan. 80% Berpendapatan Bawah RM7,000 Sebulan? Gaji Anda?
Ini kerana Berita Semasa sedar keperitan
rakyat Malaysia yang brpendapatan rendah dan serdahana (lebih-lebih
tinggal di bandar) apabila mekanisme lupus kereta lama dilaksanakan
kelak.
P/S : Bagi Berita Semasa jikalau mahu
dilaksanakan sekalipun pada masa sekarang atas “nama keselamatan”
sedangkan mahu meningkat penjualan kereta di Malaysia. Silakan. Tetapi
bukannya paksaan tetapi andaikata ada yang sukarela. Apa pendapat anda
pula? Bersetuju dengan pelaksanaan Dasar Skrap Nasional (Lupus Kereta
Lama)? Ada cadangan daripada anda?
No comments:
Post a Comment