MALAYSIAKINI
Pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, yang berdepan
pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948, hari ini memfailkan permohonan
mencabar kesahan undang-undang itu daripada aspek perlembagaan.
Peguamnya Gobind Singh Deo berkata, Azmi memohon mendapatkan arahan
supaya Mahkamah Sesyen merujuk kesahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang
akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.
Beliau juga memohon pertuduhan terhadapnya ditangguh atau dibatalkan,
kata Gobind kepada wartawan selepas memfailkan permohonan itu di
Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Azmi, kakitangan akademik Universiti Malaya (UM), pada 2 September
mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan terhadapnya bawah akta
kontroversi itu dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000.
Sebutan kesnya ditetapkan pada 3 Oktober.
No comments:
Post a Comment