Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA Khas
Untuk Rekod CCRIS, CTOS Kurang Elok, Gagal Pinjaman Perumahan Bank:
Berita terkini yang baik untuk rakyat Malaysia yang masih lagi
tercari-cari, teraba-raba untuk memiliki dan beli rumah sendiri, apabila
kerajaan Malaysia tampil dengan idea alternatif untuk mengurangkan
sedikit sebanyak beban anak-muda, golongan berkeluarga untuk beli rumah
sendiri. Sebenarnya…
Sebenarnya, idea dan rancangan terbaru
kerajaan Malaysia ini pernah popular dan dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia melibaykan projek Rancangan perumahan Awam sekitar tahun 80an
hingga 90an. Masih ingat lagi?
Nah…sekarang kerajaan Malaysia tampil
berminat untuk melaksanakan konsep seumpamanya untuk anda pemohon
Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA PRIMA yang mana dipanggil Skim Sewa
Beli Rumah PR1MA PRIMA selepas melihatkan senario di mana walaupun
kerajaan Malaysia telah melancarkan skim rumah PR1MA PRIMA sebelum ini
untuk memiliki rumah idaman, tetapi malangnya masih ramai lagi yang
gagal.
BACA SINI : Daftar Borang Rumah PR1MA Malaysia 2014 : Perumahan PRIMA RM100K-RM400K. RM200K Bulanan RM400-RM500 sahaja?
Butiran Maklumat & Syarat Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA?
- Khusus untuk generasi muda yang masih belum memiliki dan beli rumah sendiri
- Khusus untuk anda yang permohonan pinjaman perumahan bank ditolak atas alasan tidak berpendapatan tetap atau mempuntai rekod CCRIS, CTOS yang kurang elok dan tidak cantik
- Pemohon Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA perlu bersetuju sewa untuk jangka panjang selama tempoh antara 20 hingga 30 tahun yang mana selepas itu rumah PR1MA tersebut akan menjadi milik mereka
- Pihak bank akan memudahkan urusan skim beli rumah (Rent to Own) ini
Permohonan Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA : Berminat?
Alhamdulillah satu langkah dan idea yang
yang bagus daripada pihak kerajaan Malaysia yang bakal membantu ramai
orang muda dan golongan yang berkeluarga memiliki rumah sendiri selepas
ini ditambah pula sekarang ini apabila garis panduan terbaru meletakkan
syarat yang menyukarkan permohonan pinjaman perumahan termausklah
penerimaan elaun sudah lagi tidak dikira.
Semoga pelaksanaan skim sewa beli rumah
PR1MA PRIMA ini (Rent to Own) sebagaus idea yang diumumkan oleh Perdana
Menteri Malaysia. Sangatlah merugikan jika idea yag baik seperti ini
disia-siakan oleh pelaksanaan yang “melepaskan batuk ditangga“. Insyaallah moga dipermudahkan urusan antara pihak kerajaan dan golongan yang masih tercari-cari beli rumah sendiri.
P/S : Harapan Berita Semasa agar sskim
sewa beli rumah PR1MA PRIMA (Rent to Own) tidak diambil kesempatan dan
dimanipulasi oleh kelompok yang tidak layak untuk mendapatkannya dan
merancang untuk membuat keuntungan di atas kesusahan dan keperitan orang
lain.
P/S : Kepada yang mampu beli rumah
sendiri, saranan Berita Semasa teruskan niat anda. Berikan peluang
kepada yang kurang berkemampuan. Apa pandangan anda pula dengan
pengumuman Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA yang ditawarkan ini?
No comments:
Post a Comment