MALAYSIAKINI
Polis menahan dua guru lelaki petang ini berhubung kes kebocoran soalan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan
Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata
kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah
pada jam 5 petang semalam bagi membantu siasatan.
"Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen
insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu.
Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi
keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),
masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru.
Kelmarin, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor
dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri
Sembilan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan
014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas
peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum
pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.- Bernama
No comments:
Post a Comment