KELAB GREENBOC
Penduduk
di Terengganu, Pahang dan Johor dinasihatkan bersiap sedia menghadapi
episod ketiga hujan lebat yang dijangka bermula Rabu hingga Jumaat ini.
Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata ia dijangka disertai air pasang besar dan tiupan angin kencang di Laut China Selatan.
Beliau mengulas lanjut mengenai kenyataan media jabatan itu yang menyatakan hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.
Antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman, di Pahang -- Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor -- Segamat dan Mersing.
Berhubung kejadian banjir di tiga negeri itu termasuk Kelantan baru-baru ini, Muhammad Helmi berkata antara faktornya adalah curahan hujan yang tinggi dalam tempoh singkat.
Katanya bacaan jumlah hujan yang dicatatkan di Kuantan adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu lebih 300 milimeter sehari, pada 2 Disember lepas.
"Bagaimanapun, sukar untuk kita mengaitkan episod hujan lebat ini dengan perubahan iklim. Tetapi para saintis mengakui ia disebabkan pertambahan kejadian cuaca ekstrem," kata Muhammad Helmi. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan