Selasa, 17 Disember 2013

TURUN timbang tiga lokasi untuk himpunan 31 Dis

 

 


Penganjur bagi perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dirancang untuk diadakan pada malam ambang tahun baru masih mempertimbangkan lokasi sesuai bagi acara tersebut.

NONEPengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar dalam kenyataannya menyebut, tiga lokasi yang dipertimbangkan itu termasuk padang Kelab Sultan Sulaiman.

Dua lagi kawasasn yang dipetimbangkan ialah Padang Merbok dan Padang Timur, Amcorp Mall, katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Menurutnya, acara itu akan menghimpunkan para aktivis, artis, pemimpin NGO serta tokoh daripada pelbagai parti politik sebagai tanda solidariti dengan golongan yang terjejas dengan kenaikan kos itu, katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Dalam kenyataannya, Azan berkata, perhimpunan bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ yang akan bermula pada jam 8 mala itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang.

Ia bagi menzahirkan kemarahan dan amaran rakyat kepada kerajan yang menurutnya "memeras dan mencuri harta rakyat" melalui kenaikan kos, termasuk tarif elektif, harga petrol, dan barangan keperluan, katanya.

"Gerakan TURUN menyeru seluruh anak muda dan rakyat Malaysia untuk sama-sama bangkit bagi meraikan tahun baru 2014 dengan menzahirkan kemarahan rakyat kepada pemerintah dalam Himpunan Amarah Rakyat nanti.

“Satu keunikan dan sejarah yang rakyat Malaysia akan lakukan di kala pada kebiasaannya tahun baru disambut dengan kegembiraan tetapi (tahun baru) kali ini disambut dengan kemarahan oleh rakyat Malaysia kerana menolak kezaliman pemerintah.

"Bagi mengira detik menjelangnya tahun 2014 sebagai tahun yang menyaksikan kerakusan pemerintah dan bangkitnya rakyat menentang kerakusan mereka (pemimpin),” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: