Ahad, 22 Disember 2013
Perkasa beri amaran ganti Umno jika parti itu gagal bela Melayu
Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan