Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak
membenarkan Petronas memeterai perjanjian RM15.8 bilion di Kanada
walaupun berisiko menimbulkan persoalan, kata ahli parlimen Pandan Mohd
Rafizi Ramli.
“Petronas memeterai perjanjian pelaburan terbesarnya apabila
memuktamadkan pembelian Progress Energy Corporation berjumlah RM15.8
bilion pada akhir 2012 bertujuan menguasai rezab gas asli dari batuan di
kawasan British Columbia.
“Ketika Petronas merunding pembelian itu, beberapa syarikat dunia
yang lebih awal melabur dalam gas asli batuan kerugian bilion ringgit
dan ini menimbulkan persoalan,” katanya dalam sidang media di pejabat
KEADILAN, hari ini.
Mereka ialah Encana Corporation, rugi RM5.2 bilion pada 27 Julai
2012. Syarikat gas asli terbesar Kanada itu juga katanya terpaksa
melupuskan nilai pelaburannya dalam rezab gas asli batuan serta mengumum
lebih banyak menanggung rugi pada masa depan.
“Pada Julai 2012 pula, BG Group syarikat gas British turut melupus nilai pelaburannya dalam operasi itu sebanyak RM3.9 bilion.
“Manakala BHP, syarikat minyak dan gas Australia juga pada Julai
2012, rugi RM7.5 bilion apabila pelaburannya membeli rizab gas asli
batuan dari Chesapeake Energy setahun sebelumnya menjunam sepanjang
tahun 2012.
“Dalam tempoh setahun, nilai pelaburan BHP susut hampir separuh dari nilai pelaburan asal,” kata bekas pegawai Petronas itu.
Sehubungan itu, beliau menuntut Najib segera tampil menjelaskannya bagi kerana ia melibatkan wang rakyat.
“Wajarlah Perdana Menteri melapor secepat mungkin kedudukan sebenar pelaburan RM15.8 bilion itu.
“Adakah Petronas terpaksa melupus nilai pelaburannya seperti dialami
syarikat lain kerana harga gas asli di Amerika Utara kekal rendah pada
harga US$3.37 setiap mmbtu.
“Berbanding sebelumnya US$7 ke US$12 setiap MMBTU pada tahun 2008 hingga 2010,” kata Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan