MALAYSIA KINI
Sehari
selepas kemarau pingat emas, kontinjen negara kembali di landasan dalam
pemburuan pingat emas Sukan SEA ke-27 apabila menambah lima lagi
semalam.
Lima pingat emas tersebut menerusi dua acara karate serta masing-masing satu dalam menembak, renang dan pencak silat. Malaysia turut menambah satu pingat perak dalam karate serta sembilan gangsa.
Pencapaian memberangsangkan itu meletakkan Malaysia kekal di tangga kelima dengan kutipan keseluruhan 10 pingat emas, tujuh perak dan 22 gangsa.
Tuan rumah, Myanmar masih menguasai carta kedudukan dengan mengutip keseluruhan 26 pingat emas, 25 perak dan 21 gangsa, mengatasi Vietnam di tempat kedua dengan 22 emas, 13 perak dan 19 gangsa.
Indonesia kekal di tempat ketiga selepas meraih keseluruhan 21 pingat emas, 25 perak dan 18 gangsa manakala Thailand di tangga keempat dengan 21 emas, 25 perak dan 17 gangsa.
Dalam pada itu, acara badminton menyaksikan Malaysia mempunyai satu wakil di pentas final esok menerusi gandingan Vivian Ho-Woon Khe Wei dalam acara beregu wanita, berdepan pilihan utama, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia bagi merebut pingat emas.
Skuad tinju juga berpeluang menyumbangkan pingat emas kepada negara apabila G. Ramkumar mara ke saingan akhir kategori 69kg dan dijadual bertemu Apichet Saenset dari Thailand.
Sementara itu, anak buah Datuk Ong Kim Swee menepati ramalan apabila mencatat kemenangan kedua selepas menumpaskan Laos 4-1 hari ini. Malaysia akan berdepan Singapura pada Ahad ini.
Pemburuan pingat emas kontinjen negara juga tertumpu dalam acara karate apabila sembilan pingat emas ditawarkan, esok.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan