MSTAR ONLINE
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan kritikan pelbagai pihak berikutan
kenaikan gaji yang begitu tinggi bagi speaker dan Anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun), pada Isnin mencadangkan kerajaan persekutuan mengkaji
semula gaji serta elaun perdana menteri dan anggota Parlimen.
Beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan pusat mengambil langkah sama seperti yang dilakukan kerajaan Selangor dalam menaikkan gaji dan elaun speaker serta Adun negeri itu.
Abdul Khalid yang juga anggota Parlimen Bandar Tun Razak bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada beliau akan membawa usul itu kepada kerajaan persekutuan, namun menyatakan akan menyokong cadangan berkenaan jika dibangkitkan.
"Biarpun sebelum ini ada anggota Pakatan Rakyat yang bantah usul naik gaji anggota Parlimen, tetapi selepas ini kalau ada usul yang sama, saya pasti akan sokong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Isnin.
Rabu lepas, Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87 hingga 373 peratus membabitkan menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri itu.
Ketika diminta mengulas cadangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam agar 20 peratus daripada jumlah kenaikan itu disalurkan kepada Tabung Pendidikan negeri, Abdul Khalid berkata ia hanya tertakluk kepada Adun PKR sahaja.
"Cadangan itu hanya untuk anggota PKR saja dan ia sebahagian daripada aktiviti dan tanggungjawab kita. Kalau rasa gaji ada lebihan, apa salahnya untuk menyumbang," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan