Rabu, 18 Disember 2013
MB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tol
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu.
Abdul Khalid berkata, langkah tersebut diarahkan bagi memastikan rakyat negeri tersebut tidak terbeban akibat kenaikan tol di Selangor.
"Melalui GLC kerajaan negeri memiliki pemilikan saham tetapi bukan majoriti yang tidak lebih 30 peratus dalam beberapa konsesi lebuh raya.
"Kita mengarahkan ahli lembaga pengarah dalam PKNS untuk membuat beberapa cadangan meminta syarikat konsesi tidak menaikkan kadar tol tersebut demi menjaga kepentingan rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.
Abdul Khalid berkata, PKNS memperolehi pulangan yang sudah mencukupi daripada pegangan dalam syarikat lebuh raya negeri itu.
"Kita rasa PKNS sudah mendapat pulangan baik dan tidak perlu tingkatkan keuntungan menerusi kenaikan tol,” katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan