Selasa, 17 Disember 2013

Mat Sabu dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
 

Pelantikan Mohamad Sabu (dua dari kiri) sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang diumumkan pada sidang media hari ini. Hadir sama (dari kiri) Salahudin Ayub, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Mahfuz Omar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Disember, 2013.Pelantikan Mohamad Sabu (dua dari kiri) sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang diumumkan pada sidang media hari ini. Hadir sama (dari kiri) Salahudin Ayub, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Mahfuz Omar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

























PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Asmuni Awi dilantik sebagai Bendahari PAS yang baru.

Setiausahasa Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Asmuni menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatannya bagi memfokuskan tugas sebagai menteri besar tetapi kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan terkenal di negeri itu.
Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha hubungan baik dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Salahuddin berkata, jawatankuasa PAS yang baru tidak lagi memisahkan parti itu kepada ulama dan profesional tetapi kedua-duanya bergerak seiringan mendepani cabaran politik.

Tiada ulasan: