Oleh: Lizawati Madfa
SHAH ALAM : Peluang menjadi ‘wakil rakyat’ dalam Program Adun Muda Selangor merupakan satu peluang ekslusif dan sangat berharga yang tidak mungkin disia-siakan setiap peserta.
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Anas Shafiee, 20, berkata beliau berbangga dapat berada di platform yang disediakan Kerajaan Negeri untuk anak muda menyelami pengalaman membahaskan sesuatu usul sebelum diluluskan.
Katanya, selepas mengetahui bahawa dirinya diterima sebagai peserta, beliau menjalankan beberapa kajian bagi mempersiapkan diri untuk menjadi ‘wakil rakyat’ di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
“Kini saya lebih tahu bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat kerana pelbagai prosedur perlu dipatuhi ketika sesi perbahasan.
“Bukan itu sahaja, kita juga perlu mempersiapkan diri agar bersedia bagi membincangkan perkara berkaitan supaya perbahasan dapat dilakukan dalam keadaan yang penuh demokrasi dan berkualiti,” kata Anas yang merupakan pelajar jurusan Undang-undang Sivil.
Mahasiswa Universiti Tunku Abdul Razak (UTAR), P.Jayatheswary, 23, pula berharap agar Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi program yang dapat memberi pendedahan awal kepada golongan anak muda yang dilihat kurang peka dengan perkembangan politik semasa.
“Sebelum ini saya langsung tidak berminat dengan politik, tetapi setelah menyertai program ini saya begitu berminat dan bersemangat kerana saya sedar keputusan politik penting dalam kehidupan sosial masyarakat.
“Oleh itu, perbanyakkanlah program seumpama ini untuk menyedarkan anak muda bahawa pengetahuan politik adalah penting untuk masa depan,” katanya.
Program Adun Muda Selangor yang julung-julung kali diadakan ini disertai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar institut pengajian tinggi; 20 lelaki dan 10 wanita.
Persidangan Adun Muda dipengerusikan sendiri Speaker Dewan, Hannah Yeoh selain turut disertai Exco Negeri, Elizabeth Wong yang bertindak sebagai ‘Menteri Besar’.
Turut menyertai persidangan ialah Adun Kampung Tungku, Lau Weng San dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib.-EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan