Ahad, 22 Disember 2013

LFL: Ada beratus pendakwaraya, kenapa AG lantik Shafee?

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Lawyer for Liberty (LFL) menggesa kerajaan menarik lantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaraya dalam kes rayuan pembebasan Fitnah II, kerana pejabat Peguam Negara (AG) mempunyai ratusan pendakwaraya.
ERIC_PAULSEN - Copy
“Ini mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa pejabat AG berpihak dan bertindak atas arahan Umno untuk mendakwa pembangkang dan mencipta tuduhan politik.

“Pejabat AG mempunyai ratusan timbalan pendakwaraya yang berkelayakan. Shafee takkan mampu memberikan perbicaraan yang adil. Lantikan Shafee sebagai pendakwaraya mesti ditarik semula,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen (gambar).

Kata Eric, Shafee adalah peguam Umno yang terkenal dan muncul di mahkamah sebagai penasihat dalam banyak kes melibatkan kepentingan Umno.

Shafee juga menjadi peguam kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan musuh-musuh politik Anwar.

Malah, Shafee sendiri terlibat dalam beberapa perbicaraan melibatkan kes fitnah berprofil tinggi yang difailkan Anwar.

LFL

“Tujuan dakwaan jenayah bukannya untuk menyabitkan sesuatu tuduhan, tetapi meletakkan perbicaraan dengan adil, bebas dengan mengemukakan semua bukti kepada mahkamah sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Manakala pendakwaraya bukan menentukan kesalahan, melainkan memastikan seseorang tertuduh menerima perbicaraan dengan adil,” kata Eric.

Berdasarkan pelbagai fakta didedahkan kata Eric, Shafee tidak boleh melaksanakan peranannya sebagai pendakwaraya tanpa curiga, prejudis dan campur tangan politik.

“Tarik semula pelantikan Shafee sebagai pendakwaraya dari mengetuai pejabat AG dalam kes ini,” tegas Eric.

Tiada ulasan: