Jumaat, 13 Disember 2013

Jumlah mangsa banjir di Pekan masih tinggi

 

 

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 5,607 berbanding 5,376 orang yang direkodkan malam tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,398 keluarga ditempatkan di 71 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir.

Daerah Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,501 orang di 37 pusat pemindahan, disusuli Kuantan (842 orang di lima pusat pemindahan), Maran (735 di 13 pusat), Temerloh (235 di tujuh pusat), Bera (276 di tujuh pusat) dan Rompin (18 di dua pusat).- Bernama

Tiada ulasan: