Rabu, 18 Disember 2013

Isu Syiah hanya dendam politik – TG Nik Aziz

RIZAL TAHIR 


KOTA BHARU: Isu syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hanya kerana dendam politik bagi ‘memerangkap’ pemimpin serta parti itu semata-mata.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerana ingin memburukkan imej parti Islam itu pada mata umum, pemimpin Umno sanggup membuat dakyah baru.

“Sekiranya pemimpin  Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Umno sebenarnya tiada ‘modal baru’ untuk dihidupkan bagi menarik sokongan, sebaliknya ‘memerangkap’ orang nombor dua pimpinan PAS kononnya terlibat dengan fahaman Syiah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu di samping tindakan undang-undang yang bakal diambil olehnya.

Jelas Tuan Guru, tetapi orang yang mengaku Syiah sebagaimana di Kedah baru-baru ini tidak pula diambil tindakan.

Pada pertemuan itu juga Tuan Guru turut mengakui rakyat semakin berhadapan dengan tekanan harga keperluan harian yang makin mendesak.

“Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan pada rakyat,” ujarnya.

Ujarnya lagi, MCA pun semakin jauh dengan Umno dan Melayu semakin celik bahawa hanya Islam yang boleh menyelamatkan manusia

Tiada ulasan: