Selasa, 17 Disember 2013

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

SELANGOR KINI


SHAH ALAM  : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

azrul_bimbPenganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.

“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.

“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.

Gst biasa

Beliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.-EZY

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

inilah hasil dari pemimpin2 yg bodoh...