Rabu, 18 Disember 2013

Bantah kezaliman regim Bangladesh 27 Disember ini

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: PAS akan bergabung dengan NGO bagi mengadakan bantahan besar-besaran terhadap regim Bangladesh yang bertindak kejam terhadap pemimpin serta penyokong Jamiat Islami.

Himpunan tersebut akan diadakan pada hari Jumaat 27 Disember ini di hadapan bagunan kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.

"Himpunan ini bagi menyatakan bantahan kita atas keputusan menjatuhkan hukuman gantung kepada Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh.

"Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sementara itu pengarah himpunan Riduan Mohd Nor berkata, bantahan kali ini akan disertai dengan penyerahan memorandum terhadap duta negara itu bagi mendesak kekejaman terhadap rakyat khususnya ummat Islam di negara itu dihentikan segera.

"Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.

"Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita," katanya kepada Harakahdaily.

Pasukan keselamatan regim menggunakan kekerasan termasuk peluru hidup terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun di beberapa kawasan di negara itu yang membantah hukuman gantung terhadap Setiausaha Agong Jamiat Islami, Abdul Quader Mollah 11 Disember lalu.

Sehingga kini puluhan penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh digempur pasukan tentera regim.

Regim juga sedang memburu pemimpin Jamiat Islami dalam usaha untuk mengharamkan pertubuhan gerakan Islam itu.

Difahamkan lebih 40,000 aktivis gerakan Islam itu kini meringkuk dalam penjara manakala puluhan lagi dibunuh.

"Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabngsa.

"PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya," kata Riduan.

Tiada ulasan: