KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: KEADILAN membantah cadangan kerajaan meminda Akta Cukai 1967 yang mengenakan cukai keatas pengeluaran simpanan dari Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun.
“Ini bermakna (kerajaan) mencukai manfaat simpanan persaraan,” kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang media di lobi parlimen semalam.
Beliau yang juga Pengarah Strategi KEADILAN menyatakan, pindaan Akta Cukai 1967 menetapkan pengeluaran Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun kecuali atas sebab kemalangan dan kehilangan upaya akan dikenakan cukai penuh.
“Konsepnya sahaja sudah salah. Dengan kata lain, kerajaan mencukai pencen (orang ramai). Simpanan tidak boleh dicukai,” kata Rafizi.
Menurut Rafizi, Skim Persaraan Swasta adalah mana-mana tabungan persaraan selain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
“Paling tidak bermoral apabila ia bertentangan dengan janji Perdana Menteri semasa melancarkan inisiatif menggalakkan pekerja menabung di dalam skim pekerjaan swasta pda Julai 2012,” kata Rafizi.
Pengumuman Perdana Menteri Najib Razai ketika itu adalah pendapatan dari skim tersebut dikecualikan daripada cukai.
Jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmd Maslan 4 Disember lalu menyatakan, bahawa kerajaan berhak mengenakan cukai atas alasan penabung mendapat pelepasan cukai tidak tepat.
“Hakikatnya, penbayar hanya mendapat pelepasan cukai sehingga maksima RM3,000 setahun ,” kata Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan