Ahad, 8 Disember 2013

Banjir Di Melaka Pulih, Pusat Pemindahan Ditutup

 MSTAR ONLINE

 
MELAKA: Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya setelah kesemua 25 mangsa yang berada pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin sejak Rabu lepas dibenarkan pulang, pada Sabtu.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Mejar Jafri Mohamed berkata pusat permindahan yang menempatkan semua mangsa daripada lima keluarga, dari Kampung Parit Penghulu itu ditutup pukul 1 tengah hari Sabtu.

"Semua mangsa telah dibenarkan pulang hari ini dan pusat pemindahan juga telah ditutup," katanya.
Beliau berkata paras air Sungai Kesang berdekatan rumah mangsa yang melimpahkini berada pada paras 2.89 meter iaitu di bawah paras waspada.- BERNAMA

Tiada ulasan: