Ahad, 8 Disember 2013

Banjir: 25 lori, kontena Amal S'gor berlepas pagi ini



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama dari Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.

Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan sukarelawan itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selngor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.

Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.

Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, pampers dan pelbagai barangan keperluan lain.

Ini merupakan trip pertama dari Amal Selangor, dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.

Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Bank islam Amal Selangor 12010010035434.

Tiada ulasan: