Jingga 13 juga mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut.
SHAH ALAM: Gerakan Anti-rasuah dikenali sebagai Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang ke atas individu terlibat berhubung pendedahan ‘perbelanjaan mewah’ berjumlah RM325,000 (AS 100,000).
Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa mengaitkan Rosmah sepertimana yang dilaporkan menerusi akhbar dan blog di luar negara.
Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu disifatkan serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat negara Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti yang dilaporkan.
Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Herald, kolumnis Andrew Horney dan artikel wartawan Patty Huntington dalam blog Frockwriter serta email oleh kakitangan Little Hero, Holly Beer tentang perbelanjaan RM325,000 di butik pereka fesyen Carl Kapp.
“Jesteru Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar,fitnah dan direka.
“Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait skandal tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini.
Bukti baru dikemuka kepada SPRM
Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut.
Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp dan laporan Hutington melalui satu email.
Terdahulu pada 26 Januari lalu Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut.
Satu aduan juga turut dibuat ke atas Datuk Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman, Najib dan Rosmah berkait skandal FLOS berjumlah RM325,000 membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000).
No comments:
Post a Comment