Sejak beberapa hari lepas, masing-masing sibuk dengan perisapan demo Anti-Lynas. Aku tak pergi Kuantan tapi terlibat dengan demo di Bukit Merah, Ipoh.
Ketika terlibat dengan demo anti-Lynas ini, aku tak berpeluang dan melayari internet. Dan bila cuba melayari blog-blog pagi ini, aku cuba mencari berita-berita tentang demo anti-Lynas. Tak banyak. Malah berita tentang demo di Bukit Merah Ipoh hampir tiada.
Tapi yang banyak tertulis dalam blog-blog bahasa melayu ialah kes khalwat Dr. Badrul Amin. kes tersebut berlaku sebelum demo Lynas tapi masih hot. Sedangkan demo Lynas yang berlangsung semalam dah mati.
Kesimpulan aku ialah..orang Melayu lebih suka cerita sensasi dan cerita dalam bilik orang daripada isu-isu yang lebih besar. Pantang ada pemimpin yang kena tangkap khalwat…akan jadi headlines untuk beberapa hari. Apa saja yang berkaitan dengan seks..akan menjadi tumpuan kepada masyarakat Melayu. Come on la.
Pencabulan Teluk Rubiah tidak mendapat perhatian orang Melayu. Walaupun yang akan menerima kesan daripada pencabulan alam sekitar disitu ialah orang Melayu..tapi orang Melayu masih buat tak tau.
Demo di Bukit Merah semalam berjaya menarik hampir seribu orang. Kalau aku pisahkan kehadiran mengikut kaum, aku boleh katakan hanya 5% Melayu. 5% India dan 90% Cina. Tabik spring kepada muslimat Pas Pasir Salak yang turut hadir..kalau tidak mungkin aku tak nampak orang Melayu. (gambar mereka disini.)
Bukan niat aku untuk menjadi rasis..tapi cuma hendak menunjukkan bagaimana sesuatu masyarakat itu berfikir.
Kalau nak dikira siapa yang mendapat keuntungan dari satu-satu projek itu..kebanyakannya orang Cina. Orang Melayu yang mendapat untuk ialah orang Umno yang kutip komisyen. Tapi dari bekalan peralatan, kerja-kerja kontrak untuk membangunkan kilang..semuanya orang Cina.Orang Melayu bahwahan hanya menunggu untuk mendapatkan kerja yang gaji entah berapa.
Tapi sekarang orang Cina lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan. Depa sanggup berdemo walaupun yang akan rugi banyak kapitalis Cina. Orang Melayu pulak tak mau ambil pot, walaupun yang depa dapat kesan yang paling banyak.
Dalam demo anti-Lynas ini..orang Cina turun berdemo siap dengan bawa anak-anak yang kecil lagi. Manakala orang Melayu masih seronok dengan cerita khalwat orang lain.
Seperti di Teluk Rubiah, ramai orang tak tau tentang perancangan dan kesan-kesan pembangunan yang tidak mesra alam dibuat oleh Umno/BN. semuanya dibuat secara rahsia..dan rakyat hanya tau bila semuanya sudah bermula dan tidak banyak yang boleh dibuat selepas itu.
Kilang Lynas di Kuantan tu satu hal. Dah banyak berita yang dikeluarkan..kalau masih tak faham atau tak tau…aku pun tak tau nak kata apa lagi.
Di Perak..tahun lapan puluhan dulu dah ada kilang yang sama iaitu Asian Rare Earth di Bukit Merah. Gen Y mungkin tak tau sebab depa masih kecil.
Kilang ini akhirnya ditutup selepas mendapat bantahan dari penduduk setempat. Kalau nak tau cerita tentang ARE dengan lebih detail..siap dengan gambar, boleh tengok kat sini dan sini.
Salah satu gambar yang aku minat ialah yang dibawah ni.
Semasa demo semalam, aku terjumpa dengan salah seorang bekas pekerja ARE yang pernah ditangkap dibawah ISA. Dia bukan saja menceritakan tentang bagaimana masih lagi ada kilang-kilang yang memproses radioaktif ini di kawasan Bukit Merah.
Dia membawa aku ke kilang tersebut tetapi kilang tersebut dikawal dengan rapi. Malah kami diekori oleh sebuah kereta SB ketika kami masuk kesana.
Cuba perhatikan gambar dibawah ini dan bandingkan dengan yang diatas.
Ada sesiapa yang tahu tentang kilang ini yang tersorok didalam hutan di Banjaran Kledang?
Aku tak berapa kisah kalau kilang ini dikawal oleh pasukan keselamtan kilang, tapi kalau ianya turut dikawal oleh polis dengan meletakkan SB disana..aku syak ada sesuatu yang disorokkan.
Aku dapat tahu, semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ini. Malah pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk.
Ini persoalan yang patut diambil berat oleh semua orang. Rakyat Kuantan sudah bangkit untuk menentang Lynas. Rakyat Perak juga kena bangkit untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di Banjaran Kledang ini.
No comments:
Post a Comment