ANTARA POS.COM
KUALA LUMPUR : The Star hari ini memohon maaf di atas penyiaran gambar seorang penyanyi Amerika yang memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.
Penyanyi berkenaan Erykah Badu dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
" Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pembaca-pembaca Muslim di atas kesilapan ini," petik kenyataan itu menerusi The Star Online.
Gambar Erykah Badu dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Penyanyi R&B, soul dan hip hop ini pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment