Tuesday, October 5, 2010

UMNO DALANGI PERGOLAKAN DALAMAN LDP?

Oleh: GONOD SUNDA

BAHTERA LDP tetap teguh, malah tidak sedikitpun goyah walau badai terus menghambatnya dari pelbagai sudut. Nakhodanya tetap gagah mengemudi untuk menjinakkan badai yang bergelora sehingga bahtera selamat tiba di pelabuhan politik adu domba yang maha dasyhat.

Pergolakan dalaman Politik LDP yang dipercayai didalangi beberapa pemimpin UMNO terus mewarnai beberapa insiden yang mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini beberapa bahagian turut dibubar/ditinggalkan, namun alasan yang diberi tidak mencerminkan keseriusan masalah kepemimpinan LDP yang memerlukan ahli dan pemimpin akar umbinya keluar parti itu atau menutup operasi bahagiannya.

Jikalau itulah sifat keberanian pemimpin akar umbi LDP itu, ia boleh diibaratkan sebagai kata orang tua-tua dahulu, “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai” atau satu lagi pepatah Melayu yang paling sinonim dengan kelibat mereka seperti “Kalau kail hanya sejangkal, jangan menduga lautan yang dalam.”

Para pemimpin LDP seharusnya tampil dalam membentuk ikatan yang kukuh dengan semangat perkasa dan berganding bahu mempertahankan agenda perjuangan mereka untuk memperbetulkan ketidak seimbangan hak yang tertera dalam perkongsian kuasa ketika BN mula bertapak di Sabah.

Kini semua telah tahu bahawa kuasa dan semangat BN di peringkat awal seolah-olah telah berubah malah telah didominasi UMNO sebagai penyebab utama kesepakatan perjuangan tulen dalam BN menuju ke lembah kehancuran.

Kematangan berpolitik dan kepimpinan yang lemah mendorong segelintir pemimpin kanan LDP dan juga di peringkat akar umbi masih boleh diganggu gugat pendirian mereka berpolitik kerana boleh dilihat dengan jelas dan ketara wujud masalah itu seperti tindakan tergesa-gesa Naib Presiden LDP, Datuk Pang En Yin meletakkan jawatan dan keahlian parti meletakkan dirinya dalam keadaan dilema kerana selepas perletakkan jawatannya dalam parti, beliau sendiri tidak tahu mana satu parti yang sesuai untuk disertainya.

“Banyak andaian negatif yang timbul yang harus menjadi tanggungan Datuk Pang selepas tidak berparti kerana jika Pang tersilap buat tindakan lantas rakyat akan melabelkan Pang sebagai pemimpin kera sumbang (satu perumpamaan yang mentakrif seseorang yang sekadar menumpang parti tidak mempunyai sokongan) atau sekiranya menubuh parti baru; baik bunyinya, tetapi bila?”.

KINI taktik UMNO ala ‘divide and rule’ terus-menerus memain peranan untuk mengucar-kacirkan LDP sehinggalah para pemimpin LDP akan merangkak menarik balik kenyataan mereka dan meminta maaf kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Selepas itu apakah status LDP yang paling senior BN dalam parti tempatan dalam komponen BN terus diberi muka Musa? Jawapannya, ibarat luka yang sudah sembuh tetapi parutnya masih ada.

Senario kepimpinan LDP di peringkat akar umbi mempunyai ‘jalan cerita’ yang berbeza dengan pusat, kerana beberapa Pengerusi BN diberi ‘Task’ oleh BN negeri untuk menakut nakutkan pemimpin bahagian LDP kononnya jika mereka terus menyokong Presiden mereka Datuk V.K Liew maka mereka akan kehilangan jawatan, peluang kontrak dan status kerabat BN di peringkat bahagian.

Sebaliknya jika mereka bertindak menyokong Pang dan keluar LDP maka kedudukan mereka dijamin akan terus selamat.

Jalan cerita sedemikian rupa besar kemungkinan ada kebenarannya, kerana ia telah pun berlaku di Semenanjung apabila MIC tidak sehaluan dengan UMNO atas masalah kepimpinan kerana UMNO menyelar pucuk kepimpinan MIC, Datuk Seri Samy Vellu yang terlalu lama duduk di kerusi empuk Presiden.

UMNO meminta Samy melepaskan kerusi itu namun Samy tetap bertegas dalam pendiriannya untuk terus duduk sebagai Presiden kerana jatuh bangunnya Presiden terletak di tangan ahli dan perwakilan MIC dan bukannya UMNO.

Dalam kekalutan sedemikian, sebuah parti baru berasaskan perjuangan suku kaum masyarakat India telah diluluskan pendaftarannya yang bernama Parti Makkal Sakhti. Bagaimana pun kelulusan sesebuah parti ia terletak di atas bidangkuasa ROS dan KDN dan ia adalah suatu perkara biasa dalam negara berdemokrasi.

Malangnya, parti itu yang baru ditubuh dan diluluskan pendaftarannya malah belum menyertai gagasan BN, apakah logik seorang Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Malaysia melakukan pelancaran parti itu malah telah dikhabarkan mendapat suntikan dana dari kerajaan.

Bagaimana pula MIC dan Parti Komponen BN yang lain?

27 comments:

madd said...

tidak perlulah mengaitkan UMNO dengan pergolakan dalaman LDP. UMNO dan LDP masih bekerjasama dengan baik dan jangan lah ada pihak yang cuba merosakkan hubungan baik ini dengan menimbulkan pelbagai andaian.

Anonymous said...

pergolakan dalam LDP berlaku atas kesilapan LDP sendiri, ia tak ada kaitan dgn UMNO, UMNO ingin memperbaiki lagi masalah LDP.

Logop said...

Betul ke nie??

Bujang Senang said...

Logop> tidak tahulah ini. macam tidak betul ini. Tidak payah percayalah.

Antanum said...

Jangan la salah kan orang lain lebih baik teliti masalah dalaman terlebih dahulu...

Anonymous said...

hanya andaian daripada penulis berhubung dengan isu LDP..

Anonymous said...

belum ada bukti yang menunjukkan bahawa UMNO adalah penyebab isu dalaman parti LDP..jadi adalah satu fitnah jika UMNO dituduh sedemikian di mana mencemar imej UMNO..

Anonymous said...

seharusnya LDP selesaikan isu dalaman mereka dengan profesional..adalah perkara biasa di mana sesuatu masalah berlaku disebabkan oleh diri sendiri..

Anonymous said...

harap mana2 pihak tidak mempergunakan isu LDP demi kepentingan sendiri..rakyat harus tidak terus mempercayai sesuatu berita yang belum dipastikan sama ada benar atau tidak..sama2 kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya..

Paquin said...

Asal benda tak baik berlaku teruslah konon Umno dalangnya. huhuhu

Paquin said...

Betul tu zaimi. Saya yakin umno dan LDP masih OK ba.

Paquin said...

Logop, saya pun tak pasti.. Betul atau tak, sama2 lah kita nilai sendiri:P

Paquin said...

Cuma bagi saya hal ni berlaku disebabkan emosi yang tak terkawal sehingga terluahnya perkataan yang kurang profesional. Dari situlah bermulanya salah faham dan ditambah lagi dengan pihak lain yang mahukan keadaan bertambah keruh. huhuhu
Susah juga dunia politik oo..

Paquin said...

Semoga hal ni tak dipolitikkan utk kepentingan pihak2 tertentu.

gambir said...

Janganlah asyik menimbulkan keburukan terhadap mana2 pihak sebaliknya bekerjasama dan memastikan LDP/UMNO sentiasa dikagumi oleh rakyat.

gambir said...

Ini cuma masalah dalaman antara LDP dan UMNO, dan saya harap perkara ini dapat dipulihkan kerana ia hanya akan menjejaskan parti.

gambir said...

Diharap para pemimpin tertentu dapat memperbetulkan ketidak seimbangan hak yang tertera dalam perkongsian kuasa ketika BN mula bertapak di Sabah.

gambir said...

Kematangan berpolitik dan pendirian pemimpin yang lebih stabil adalah harapan rakyat untuk memperjuangkan, mempertahankan dan memperbetulkan ketidak seimbangan antara LDP dan UMNO.

gambir said...

Harap perkara ini dapat diselesaikan segera untuk kepentingan bersama.

Anak Sabah said...

Betulkah disebabkan UMNO, ataupun ahli LDP sendiri yang sudah hilang keyakinan terhadap LDP?

Anak Sabah said...

Kebanyakan masa jika ada apa-apa masalah dengan sesetengah parti, mesti ada tindakan menunding jari kepada pihak lain.

Anonymous said...

dalang sebenar dalam pergolakan dalaman ini adalah ahli2 parti LDP sendiri. tidak perlu menuduh umno sedangkan pendirian umno mahu semua parti berkerjasama.

Anonymous said...

tindakan Datuk Pang keluar parti, menunjukkan tidak semua ahli parti dalam LDP mempunyai pendirian yang sama iaitu enggan berkerjasama dengan KM sabah.

Unknown said...

Tak perlulah menyalahkan orang sedangkan parti tidak mampu memantapkan kesetiaan ahlinya.
Kaji kelemahan dalam parti dan buat perubahan.

Unknown said...

Apa bukti yang mengaitkan UMNO mendalangi pergolakan dalam LDP?

captain said...

Krisis dalam parti tidak dapat selesaikan.
Orang lain dipersalahkan.

Unknown said...

LDP patut menumpukan perhatian menyelesaikan persengketaan dalam parti dari menunding jari terhadap orang lain.