PENAMPANG – Kaedah pemilihan secara langsung yang diperkenal KEADILAN digemari, bahkan dikagumi rakyat Sabah yang menganggapnya sebagai kaedah yang adil dan wajar kerana memulangkan hak memilih kepada ahli akar umbi.
Mengakui wujud beberapa kelemahan, Naib Presiden KEADILAN, Dr Jeffery Ketingan berkata, kaedah yang pertama kali diguna pakai parti politik di negara ini, menzahirkan demokrasi tulen.
“Ahli parti di Sabah sangat baik responnya kalau hari ini kita lihat satu contoh ramai yang datang untuk menunjukkan minat mereka, kesanggupan mereka untuk datang dan mengundi,” katanya dipetik daripada TV Selangor.
Beliau berkata, ahli parti rakyat Sabah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan corak pemilihan langsung tetapi menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memperbaiki sistem sedia ada.
Menganggap masalah pemilohan sentiasa wujud dalam mana-mana parti politik, Dr Jeffery mendapati kebanyakan ahli parti berpuas hati dengan pelaksanaan proses pemilihan langsung itu dan berharap ia diteruskan pada masa depan.
Ketua Cabang Papar, James Ghani yang hadir sebagai pemerhati pula menyifatkan kehadiran lebih 3,000 ahli parti cabang Penampang menunjukkan minat dan sokongan ahli parti, khususnya masyarakat Kadazan Dusun
23 comments:
dapat juga dilihat kekecohan telah berlaku ketika pemilihan PKR ekoran daripada tindakan ahli-ahli mereka.
bgslah jika kaedah itu berjalan dgn lancar, jgn pla timbul kekecohan seperti sebelum ni.
Kebaikan selalu diucapkan terhadap keadilan, kenapa tidak keburukan paryti itu??jika dilihat memang teruk berbanding UMNO.
Biarlah rakyat yang menilai kerana saya fikir rakyat mengetahui lebih... Jika bagus teruskan usaha dan jika ada kekurangan teruskan perbaiki...
yang bagus, contohi. yang kurang bagus, buang jauh2.
pemilihan calon secara langsung mungkin akan dapat memuaskan hati ahli2 akar umbi..ini menunjukkan semangat demokrasi yang utuh..selalu saja tiba pemilihan dalam parti atau pilihanraya, calon adalah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti yakni kroni atau orang suruhan di mana akhirnya membawa kepada rasa tidak puas hati terutama ahli2 akar umbi.
mungkin rakyat Sabah inginkan ahli akar umbi dalam mana2 parti politik yang menentukan siapa calon yang perlu dipilih..mungkin kaedah ini akan diterima oleh rakyat Sabah di mana sabah telah menyaksikan beberapa peristiwa pertukaran kerajaan negeri yang mana pada hari ini diterajui oleh BN sabah..
Saya rakyat Sabah juga tapi tak kagum pun.. cuma bagi saya OK la tu kalau semuanya berjalan lancar. hehehe
Betul tu zaimi.. ada juga huru hara ba timbul masa tu:P
Apa pun yang dilakukan kaedah pemilihan secara langsung yang diperkenalkan oleh Keadilan mestilah adil dan wajar.
Ini mungkin satu kaedah yang dapat memperbaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Harap ia akan dapat mengatasi masalah2 yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Memang ahli parti di Sabah sangat baik responnya dan kalau kita lihat hari ini satu contoh ramai yang datang untuk menunjukkan minat mereka, kesanggupan mereka untuk datang dan mengundi, tetapi pelaksanaan corak pemilihan langsung harus diperbaiki, dan diharap juga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)dapat memperbaiki sistem sedia ada dengan lebih berkesan.
Mana2 parti memang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan politik masing2.Diharapkan PRU pada masa akan datang ini tidak menimbulkan keburukan mana2 parti sebaliknya menunjukan yang terbaik agar rakyat dapat menilai kualiti politik dan sebagainya.
Minat dan sokongan dari ahli ke mana2 parti harus dihargai.
Apa yang rakyat mahu percaya? Dalam satu pemilihan, kekecohan berlaku, sekarang diberitahu pula kaedah pemilihan dikagumi? Yang mana betul?
Tapi apa-apa pun, kita hanya akan mengetahui keputusan yang terakhir bila PRU-13. Kita tunggu dan lihat.
Kekecohan ini dikagumi. Apa pun pandai-pandailah fikir.
kaedah yang mencerminkan demokrasi wajar diguna pakai dan tidak salah jika parti2 yang lain menggunakan kaedah yang sama untuk lebih bersikap adil.
Pemilihan langsung memang baik kerana semua ahli diberi peluang memilih pemimpin yang mereka sokong tetapi banyak kekecohan berlaku pada pemilihan Keadilan.
Jika benar mengagumi pemilihan langsung PKR, jangan mudah menjual undi di tangan dengan wang ringgit. Kita diberi peluang sekali dalam lima tahun untuk memilih pemimpin.
Ini memang langkah berani PKR sebagai salah satu transformasi PKR. Parti komponen BN harus menimbang membuka perluang untuk ahlinya memilih pemimpin parti.
Banyak kekecohan berlaku. Ada yang hampir terjadinya pelawanan.
Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja. Sebaliknya, tunggu dan action!
Post a Comment