Abd Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi. "Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik. "Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya. Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja. "Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan. "Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman. "Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS. "Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik. |
Tuesday, October 5, 2010
Perkauman: Umno tiada pilihan lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
PAS dilihat banyak mengkritik dan berkata tentang UMNO tapi tidak pula sedar dengan kelemahan sendiri. sepatutnya pemimpin PAS berusaha menyelesaikan masalah air di Kelantan, itu lebih baik daripada asyik bercakap tentang parti lain.
Jika Najib betul betul inginkan 1 Malaysia, masalah perkauman mesti ditangani.
Tolonglah jangan cakap tak serupa bikin.
sekarang ini isu perkauman byk ditimbulkan, hal ini mesti ditangani, sesiapa yang membangkikan isu ini perlu diambil tindakan.
Sentiasa mencari keburukan, kelemahan dan kesilapan pihak lain. Pihak pembangkang skrg sudah semakin agresif.
sesiapun perlu mengelak daripada bersifat perkauman. kekalkan perpaduan yang kita miliki kini. pembangkang juga jangan hanya pandai bercakap saja tapi lupa untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat.
Isu perkauman di Malaysia semakin serius.Baru2x ini, terdapat kes orang politik dan juga cikgu membuat kenyataan rasis. Bukankah mereka sepatutnya memberi contoh yang baik kepada rakyat?
Sebaik-baiknya jangan kita bersifat rasis. Diharapkan tindakan yang wajar dikena terhadap mereka yang sengaja mengapi-apikan perkauman.
seruan Tun Mahathir sebelum ini supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perbezaan jurang ekonomi antara bumiputra dan bukan bumiputra juga dituduh Mahfuz sebagai perkauman. apa sahaja dasar, program atau perancangan kerajaan akan dituduh oleh beliau sebagai perkauman. itukah cara PAS menarik sokongan? sedangkan negeri sendiri terus terabai.
Ini bukan kesalahan UMNO dalam perkauman. Tapi sikap sesgelintir masyarakat sahaja. Tambahan lagi masalah dari PR yang tidak henti-henti antara penyebab perkauman juga timbul.
yang bersifat perkauman sebenarnya adalah PAS, kerana apa jua isu pasti dikaitkan dengan perkauman. kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz ini hanya langkah terdesak setelah rakyat mula menolak kepimpinan PAS.
isu perkauman tak perlulah nak dibangkitkan, ia hnya membawa kepada perpecahan sahaja.
terdapat sesetengah pihak yang suka menggunakan isu perkauman sebagai alat mereka untuk mendapatkan sokongan..contohnya PERKASA..fikir-fikirkanlah..
jika isu perkauman terus-menerus dipolitikkan dan disensasikan, impian untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia akan hanya tinggal mimpi/angan2 kosong..
Untuk apapun alasan, yang pasti isu perkauman tak patut ditimbulkan!!!
permuafakatan, persefahaman, hormat-menghormati dan kerjasama antara semua kaum yang sebagai warganegara Malaysia harus dieratkan dengan lebih jitu demi memelihara dan menjamin kesejahteraan rakyat sendiri terutama generasi akan datang.
Setuju Jonny. Semoga semagat 1Malaysia benar2 terjalin di kalangan rakyat Malaysia:)
setiap isu/masalah yang timbul pasti ada penyebabnya..penyebab/punca itu harus diatasi dengan cara yang rasional dan berhemah..
perbuatan seperti menghina dan membeza-bezakan antara satu sama lain hanya akan membawa kepada kebuntuan dan keburukkan.
Kalau semua masyarakat menghargai konsep 1Malaysia, pasti isu perkauman tidak berlaku.
Isu2 sensetif sepatutnya tidak diapi-apikan kerana ia akan merosakkan keamaanan negara, sebaliknya kerjasama dan komitmen tinggi yang diberi pasti dapat mempertahan keamaanan negara, perkauman, bangsa dan agama.
Kenapa kerajaan tidak berani mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman?
Jika tindakan tegas diambil pada mulanya, ia dapat memberi 'signal' yang jelas bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan apa jua isu yang berkait dengan perkauman.
Pegawai awam yang menyentuh soal sensitif kaum ini menjejaskan pengaliran masuk pelabur luar, kerajaan harus bertindak tegas dan pantas terhadap mereka.
Isu perkauman mesti dihentikan serta merta. Masyarakat majmuk yang dibina selama ini tidak datang dengan mudah. Kita patut menghargainya.
Banyak lagi pilihan.
Keharmonian kaum aset penting buat Malaysia, kehilangan aset tidak berharga ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Siapa sanggup tinggal dalam sebuah negara yang tida aman?
Perkara biasa, pembangkang vs kerajaan. Lumrah kehidupan.
Post a Comment