SANDAKAN: Pakatan Rakyat yakin akan memberikan saingan yang baik dalam pilihan raya kecil Batu Sapi yang diwakili oleh Dr Ansari Abdullah dari PKR.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertandingan tiga penjuru ini menunjukkan Pakatan Rakyat di Sabah gagah dan yakin mereka bakal menghantar wakil yang mantap ke Dewan Rakyat.
Mustafa berkata demikian dalam sidang media bersama para pemimpin Pakatan selepas penamaan calon pilihan raya kecil ini semalam.
Dalam pilihan raya ini, calon Pakatan Rakyat akan melawan calon BN dari PBS Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee dari Parti Progresif Sabah (SAPP).
Calon bebas yang dijangka turut menyerahkan borang untuk menyertai pilihan raya ini telah menarik diri di saat akhir.
Perarakan calon PKR telah dipimpin oleh Presidennya sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut serta adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Turut serta mengiringi calon PKR, Ansari Abdullah adalah Mustafa Kamil Ayub, Tian Chua, Elizabeth Wong dan juga Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Muhamad Abdullah.
Dalam pada itu, pilihan raya kecil ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Sabah mengenali PKR dan Pakatan.
"Kita pakatan yang terbaik untuk menentang BN dan Sibu menjadi contoh yang terbaik dimana Pakatan Rakyat telah menjadi penanda aras," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKR.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pilihan raya ini adalah yang terbaik untuk pengundi Batu Sapi untuk menyampaikan hasrat mereka.
"Oleh itu buatlah pilihan yang bijak," katanya.
Sementara itu, calon PKR, Ansari Abdullah berkata, isu utama di Batu Sapi adalah perjuangan membela nasib 60 peratus pengundi Islam yang terpinggir, daif dan dinafikan hak mereka selama ini.
"Isu keselamatan juga terabai di sini dan mereka menjadi tidak selamat dengan kadar jenayah tertinggi di Sandakan," kata beliau.
Ansari juga berkata, gangguan bekalan air dan elektrik berlaku setiap hari di sini. "Pihak berkuasa tempatan gagal melaksanakan tanggungjawap. Jalanraya amat teruk dan dianggap terburuk di Malaysia," dakwa beliau. |
20 comments:
semua parti yang bertanding menyatakan mereka yakin boleh menang. apa pun, tunggulah keputusannya nanti siapa yang akan menang.
Nampaknya semua calon yang bertanding sama-sama berkeyakinan, tapi siapa yang akan mendapat sokongan terbanyak kenalah tunggu sehingga undian dikira. Kita tunggu dan lihat.
Diharapkan rakyat akan membuat keputusan yang terbaik supaya masa depan kawasan masing-masing terjamin.
setiap parti mempunyai keyakinan untuk menang. mereka berkempen dngn bersungguh-sungguh. persaingan sengit akan berlaku. apapun, kita tunggu keputusan pada pilihanraya 4 november nnti.
PKR, don't get your hopes too high! Being overly confident may hurt you in the end. Better to shush and start working harder to get more supporters. Good luck!
And, make sure not to simply make promises if you can't possibly fulfill it.
PKR yakin akan memberi saingan terbaik. begitu juga dengan BN dan SAPP, mereka juga berkeyakinan untuk menang. ini terpulang kepada pengundi untuk menentukan keputusanya nanti.
pakatan begitu yakin menang, tp calon mereka ini sebenarnya kurang dikenali berbanding calan BN dan SAPP.
"isu utama di Batu Sapi adalah perjuangan membela nasib 60 peratus pengundi Islam yang terpinggir, daif dan dinafikan hak mereka selama ini."
belum menang tapi sudah ada ura2 akan berlaku diskriminasi jika PKR berjaya merampas Batu Sapi. bukankah lebih baik jika PKR memperjuangkan nasib semua rakyat Batu Sapi tanpa mengira bangsa dan agama...
mana statistik yang menunjukkan kadar jenayah tertinggi di Sandakan? dan bila masa pula gangguan bekalan air dan elektrik berlaku setiap hari di Sandakan? kalau PKR mampu kenapa kadar jenayah tertinggi masih berlaku di Selangor? kenapa masih ada masalah bekalan air bersih di Kelantan?
dengan bentuk perjuangan yang bersifat diskriminasi, sudah tentu PKR akan ditolak oleh penduduk Batu Sapi. saya harap pengundi Batu Sapi dapat membuat pilihan berdasarkan prestasi dan kemampuan calon serta parti yang diwakili, bukannya berdasarkan janji2 yang belum tentu mampu mereka tunaikan.
Memang saingan untuk setiap parti. Lebih lagi BN yang sekarang ditentang oleh dua parti pembangkang iaitu PKR dan SAPP. Tapi ini tidak bermaksud akan melemahkan parti tersebut. Semoga berjaya mempertahankan kuasa pemerintahan.
Mari kita nantikan siapa adalah juara PRK Perlimen batu sapi.
Itu untuk meyakinkan orang saja bahawa mereka akan menang. Tapi kenyataan mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan mampu menewaskan lawan seperti PKR sekarang di Batu Sapi yang kurang sambutan.
Susah mahu pilih bagi penyokong pembangkang, PKR atau SAPP? Lebih baik undi BN lah>
Bersaing secara 'gentleman'. Kurangkan, kalau boleh jangan buat serangan peribadi atau menfitnah.
Persaingan yang sihat patut diamalkan. Menang kalah calon tetap dihormati.
Bukankah mereka mahukan kemenangan? Biarpun saingan itu baik.
Pakatan mungkin tidak sangka akan berlawan tiga penjuru pada pilihanraya kecil kawasan ini.
Malah lebih teruk berselisih dengan SAPP.
Persaingan harus ada batas dan tidak melibatkan pekara yang tidak benar.
Post a Comment