PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengatasi masalah kegiatan rasuah dalam kalangan pegawainya di pintu-pintu masuk negara terutama melalui jalan laut.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata oleh kerana cadangan sebelum ini iaitu menempatkan pegawai-pegawai SPRM di pintu-pintu masuk negara ditolak dengan alasan kakitangan tidak mencukupi, beberapa cadangan lain telah dikenal pasti termasuk menempatkan pegawai hanya di kawasan-kawasan "panas" yang sering berlaku kejadian tersebut.
Beliau berkata pegawai SPRM dicadangkan untuk mengawasi sesebuah tempat untuk satu tempoh yang singkat dan kemudian dihantar ke tempat lain pula.
"Mungkin dau tiga hari di sini, dua tiga hari di sana. Ini saya punya pandangan dan kita akan bentangkan nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen di sini Jumaat.
Abdul Rahman berkata pelaksanaan cadangan itu bagaimanapun tertakluk kepadapersetujuan kedua-dua pihak.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan Jabatan Imigresen "100 peratus" dalam kes pendatang asing tanpa izin.
"Bila (Pati) sampai ke Imigresen, maknanya dah runtuh tiga peringkat pertahanan negara iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin.
"Imigresen adalah agensi terakhir, tapi orang yang terakhir yang akan terpalit," katanya. -
23 comments:
satu langkah yang baik, harap dgn cara ini dpt membendung kegiatan rasuah terutamanya di kawasan pintu masuk negara.
berkerjasamalah untuk menangani sesuatu masalah. Harap Imigresen dan SPRM akan dapat atasi masalah rasuah ini.
Perkara sebegini yang diinginkan bersama-sama untuk mengatasi masalah negara seperti RASUAH.
perbincangan seperti ini merupakan langkah baik bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul. ia dapat membantu membanteras masalah rasuah.
Inila masalah utama yg membelenggu jabatan2 penguatkuasaan negara...kurang coordination diantara satu sama lain...jgn kerana hanya ingin mengejar KPI jabatan masing2, kerjasama dikurangkan & perselisihan faham terjadi...ingat bahawa keselamatan negara berada ditangan kamu...
perbincangan ini patut jg disertai oleh polis marin & angkatan tentera laut Malaysia...
langkah yang baik..harap perbincangan itu nanti akan dapat mencari jalan yang lebih baik untuk membanteras rasuah..
baguslah..harap jangan hanya hangat-hangat tahi ayam..bekerjasama demi membentuk pasukan yang baik dan bertanggungjawab dan dihormati negara..
Pelbagai cadangan, dan yang paling penting ianya dijalankan dengan segera dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi....
Memang perlu mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku.
Pencegahan rasuah perlu dilakukan segera dan mungkin cadangan untuk menempatkan pegawai-pegawai SPRM di pintu-pint masuk negara mesti ada. Alasan kekurangan kakitangan petugas untuk ditempatkan bagi mengawasi sesebuah tempat tidak boleh diterima.
Memang tidak adil jika menyalahkan Jabatan Imigresen sahaja. Pihak-pihak berkuasa yang lain juga turut bertanggungjawab bagi mengatasi masalah ini.
Kemasukan warga asing ke negara ini sering dilaporkan melalui berita tv, radio, surat khabar dan sebagainya. So pendapat saya, sudah tiba masanya untuk mengatasi masalah ini dan membendung kegiatan rasuah samada dikalangan petugas penjawat awan bawahan ataupun pihak atasan.
Apa yang paling penting ialah kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku.
rasuah memang perlu di tangani habis-habisan..mungkin terdapat kes2 rasuah yang melibatkan anggota keselamatan dan agensi berkenaan berkaitan dengan isu pendatang asing haram di negara kita terutama di negeri sabah.
kerjasama seperti ini dilihat mampu mengurangkan rasuah di kalangan kakitangan keselamatan negara. kerjasama ini harus diperluaskan di semua agensi2 keselamatan negara dan juga jabatan2 kerajaan lain.
diharap agar rasuah ini akan terus diperangi bagi melicinkan pentadbiran negara.
inilah tindakan yang dinanti2kan bagi menyekat terus kemasukan pendatang asing ke negara ini. walaupun kerajaan berjaya menghantar semula PATI, tapi jika kemasukan mereka tetap berlaku malah melebihi dari jumlah yang dihantar, masalah ini akan tetap menjadi beban kepada negara.
saya setuju dengan Luke bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin patut turut serta dalam perbincangan ini untuk sama2 mengatasi masalah kemasukan pendatang asing.
Ya, memang patut pihak imigresen bekerjasama dengan SPRM untuk mengurangkan masalah rasuah.
Rasuah ini menyumbang kepada banyak masalah kritikal dalam negara. Ia wajar diberhentikan dengan cara yang berkesan.
Satu langkah bijak dan proaktif SPRM yang patut dipuji dan sokong.
Semoga usaha ini membuah hasil mengurangkan rasuah dalam imigresen.
Langkah imigresen harus dicontohi agensi-agensi kerajaan yang lain.
Jika bekersan, perbincangan serupa harus deperkembangkan ke agensi-agensi kerajaan yang lain.
Post a Comment