Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR: Umno menjadikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan apabila perlu dan diperosok di ceruk dapur apabila tidak perlu. "Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara. "Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukur kelapa. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus diperosok di ceruk-ceruk dapur," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu. "Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh. "Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu," kata beliau sambil mengingatkan rakyat bahawa mereka juga tidak akan terlepas dari penghinaan seburuk itu dari Umno. Mahfuz berkata, jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula. "Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat," katanya. Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan, kata beliau. "Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu," katanya. Mahfuz walau bagaimanapun yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka. |
Tuesday, October 5, 2010
Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Betulkah ni?
Tengku Razaleigh sendiri pun tidak merungut tapi PAS pula yang sibuk hendak mengulas pasal Tengku Razaleigh. PAS terlalu sibuk menjaga hal orang lain. bukan kah lebih baik jika PAS kurangkan bercakap dan fokuskan untuk bekerja kepada rakyat.
"Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh"
mcm susa ja mo percaya kenyataan ni kalau Razaleigh tidak tampil untuk memberi sebarang kenyataan bahawa dia dilayang buruk.
Saya tengok PAS mcm suka betul menyibuk hal orang lain seperti tiada kerja lain mahu dibuat. Sila tumpukan perhatian terhadap rakyat!
rasanya UMNO tak memberikan layanan buruk terhadap Razaleigh, tak ada pun kenyataan dari Razaleigh berhubung perkara ini. PAS ni sengaja nk memburukkan BN.
PAS sebenarnya takut dengan Razaleigh, kerana pengaruh beliau di Gals adalah sangat kuat dan PAS takut Galas menjadi milik BN. Oleh itu, PAS sengaja untuk memburukkan BN dan Razaleigh dan juga tujuan untuk memisahkan BN dengan Razaleigh.
Buat masa ini Tengku Razaleigh adalah calon terbaik bagi UMNO merampas balik kerusi DUN Galas.
mengapa PAS sibuk mengulas hal-hal UMNO dan Tengku Razaleigh sedangkan itu bukan urusan PAS? lebih berfaedah jika PAS menyelesaikan masalah rakyat daripada sibuk memburuk-burukkan UMNO.
bila bercakap pasal Galas ja, mesti PAS kena histeria. lihat bagaimana PAS melaga2kan umno dengan Ku Li dan rakyat. inikah sikap pemimpin yang kononnya mahu merampas kerajaan?
kononnya umno menghina bekas Naib Presiden parti dan suatu hari nanti umno akan berebut2 menghina rakyat pula... Mahfuz, rakyat bukan budak2 yang mudah terpengaruh dengan cerita2 dongeng. tanya diri sendiri siapa yang menghina sebenarnya. apa yang dilihat oleh rakyat sekarang, PAS yang melebih2 menghina umno dan mengapi2kan rakyat untuk membenci kerajaan... tidak mustahil juga jika PAS berjaya menerajui kerajaan, ahli2 PAS akan menghina rakyat pula. semua ini tidak mustahil berdasarkan apa yang dilakukan oleh PAS hari ini.
tengku Razaleigh akan akan menkadi calon BN dalam pilihanraya Galas, ia merupakan satu penghargaan dan kepercayaan kepada Razaleigh.
hahhahaa.. Betul tu adam. Tengku Razaleigh takda komen pun... Yang PAS sibuk sangat apa cerita:P
Tak perlu lah PKR perlekehkan pilihan umno bn ni. Kalau takut, mengaku ja la. hehehe
T Razaleigh tidak dilayan buruk pleh UMNO malah beliau dicadang sebagai calon untuk rampas balik DUN Galas.
Ia tugas berat.
Saya rasa UMNO tidak akan lupa sumbangan T Razaleigh terhadap UMNO.
Apa yang buruk sangat? Macammana baru dikatakan layanan yang baik?
Mungkin ada pihak salah anggap atau 'mengharapkan layanan yang lebih daripada yang diharapkan.'
Post a Comment