Saturday, October 30, 2010

Ansari Sedia Tukar Tajuk, Debat Dengan Ketua Menteri

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3709SANDAKAN - Calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata beliau bersetuju menukar tajuk Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat yang bakal di adakan esok sekiranya calon Barisan Nasional dan Parti Maju Sabah (Sapp) bersetuju mengambil bahagian dalam acara tersebut.

"Saya tidak ada masalah kalau Datuk Yong mahu menukar tajuk daripada tema agenda setiap calon kepada pengundi Bastu Sapi kepada soal otonomi jika beliau mahu. Jika calon BN tidak selesa berdebat disebabkan masalah pertuturan Bahasa Malaysia, saya minta Ketua Menteri sendiri ambil bahagian.

"Kita mahu jayakan acara debat ini supaya pengundi Batu Sapi mampu membuat keputusan yang terpilih bagi memilih calon mereka ke Parlimen. Debat ini bukan dianjurkan atas dasar saya sebagai Ketua Cabang Tuaran tetapi sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Batu Sapi," kata Ansari pada sidang media di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat pagi tadi.

Ansari juga membidas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan yang mendakwa kejadian jambatan kayu yang runtuh semalam semasa lawatan beliau ke Kampung Gas Besar dirancang.

"Ada dua jurugambar yang berada di tempat kejadian, mereka boleh memberi keterangan. Saya juga dedahkan keangkuhan Umno dan BN daripada kenyataan Reezal Merican yang mendakwa kejadian itu adalah sumpahan Batu Sapi terhadap diri saya. Saya rasa biar dia tengok bangunan kerajaan yang tidak dijaga di Batu Sapi sebelum dia kata kepada saya.

Bangunan setinggi tujuh tingkat itu tidak ada lif dan bayangkan rakyat terpangsa menaikki tangga sebanyak tujuh tingkat untuk menyelesaikan masalah mereka, Bayangkan ia berlaku kepada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

17 comments:

zam said...

nampaknya Ansari bersungguh untuk berdebat. tapi rasanya lebih baik jika mereka fokus untuk mendekati rakyat. itu adalah lebih baik berbanding mengadakan debat.

mandau said...

tak perlulah nk buat perdebatan, ia bukan jalan penyelesaian. lebih baik segala isu yang timbul diusulkan dalam Dewan Rakyat atau Dewa Undangan Negeri.

langsat said...

Mungkin ada baiknya juga berdebat antara pemimpim yang dimaksudkan, kerana pada masa sama perdebatan ini akan memberikan sesuatu pandangan yang boleh digunakan dalam memperbaiki setiap kelemahan dan tidak kepada parti BN sahaja tetapi kepada semua parti yang bertanding.

langsat said...

Tiada alasan tidak selesa berdebat disebabkan masalah pertuturan Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia kan bahasa Kebangsaan kita dan walaupun ada loghat yang berbeza tetapi kita saling memahami apa yang di maksudkan.

evan medhousky said...

jika mereka masih enggan mengambil bahagian, Ansari perlu akur dan hormat keputusan mereka.

evan medhousky said...

atau mungkin Ansari dan PKR telah merancang sesuatu.. apa2pun lebih baik semua calon gunakan masa yang ada ini untuk meneruskan kempen2 politik di Batu Sapi..

langsat said...

Pemimpin perlu ada kesabaran dan janganlah sampai membuat dakwaan akibat jambatan kayu yang runtuh semasa lawatan tersebut. Jambatan kayu yang runtuh memang selalu terjadi dan ini sudah menjadi kebiasaan penduduk.

langsat said...

Inilah antara permasalahan penduduk kampung yang sepatutnya mendapat perhatian oleh pihak2 tertentu. Mungkin masih banyak masalah2 yang belum diketahui oleh pemimpin. Apa pun harap perkara ini mendapat perhatian untuk tindakan selanjutnya.

Hosie Masie said...

Debat tidak akan memberikan apa penyelesaian, tapi hanya akan memberi masalah. Tidak ada guna berdebat jika hanya mencari masalah dan bukan penyelesaian. Ansari dan YTL nape tidak berdebat dengan calon BN batu Sapi Datin Linda. Sepatutnya yang bertanding dia bukan KM.

langsat said...

Apa pun diharapkan janganlah ada pihak yang sengaja menimbulkan masalah. Setiap pemimpin yang turun padang harus dihormati kerana selain berkempen pemimpin tersebut akan lebih mudah mengatahui permasalahan dan kekurangan penduduk kampung, so hargailah kehadiran mereka.

Bujang Senang said...

Debat tidak perlu sekiranya tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Biar lakukan sesuatu apa yang patut untuk rakyat.

Leo said...

Ansari tidak patut main paksa orang untuk berdebat dengannya. Ada hal yang jauh lebih penting daripada berdebat. Lebis bagus lagi fokus untuk mendekati rakyat.

Anonymous said...

jemputan Ansari untuk berdebat ini dilihat kurang menarik minat SAPP dan BN. lebih baik tumpukan pada pilihanraya BAtu Sapi.

joey said...

tinggal empat hari lagi hari mengundi PRK Batu Sapi. jadi tidak perlulah mengadakan perdebatan. bukankah lebih baik jika mereka fokuskan untuk terus mendekati rakyat.

Anak Sabah said...

Pilihan raya kecil semakin hampir, baik setiap parti menumpukan perhatian dan bersiap sedia menghadapi PRK khamis ini.

Anak Sabah said...

Semua calon tidak berminat berdepat, tak guna Ansari terus membuang masa.

Antanum said...

Tidak ada gunanya adakan debat pada masa2 terdekat pilihanraya di batu Sapi... Ini hanya mengeruhkan lagi keadaan yang semangnya sudah panas.