Ahad, 30 Mei 2010

2 tentera maut motosikal terbabas

UTUSAN ONLINE

PENAMPANG - Dua anggota tentera 5 Briged dari Kem Lok Kawi di sini, maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebuah papan tanda di Kilometer 21 Jalan Papar-Lok Kawi, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedua-dua mangsa, Ahmad Shahidi Adnan, 24, dan Mohd. Asri Md. Yusof, 30, yang berasal dari Kedah, dikatakan memandu laju sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Madang Usat berkata, kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Lok Kawi tetapi terbabit dalam kemalangan itu. Kedua-duanya terhumban beberapa meter dari tempat kejadian dan mengakibatkan cedera parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Madang berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, untuk dibedah siasat.

Tiada ulasan: