Ahad, 30 Mei 2010

30 kilometer pantai tercemar

BERITA HARIAN ONLINE


PENGERANG: Tumpahan minyak daripada pelanggaran dua kapal Selasa lalu, semakin teruk dan menyebabkan kira-kira 30 kilometer pesisiran pantai berhampiran Teluk Ramunia kini diancam pencemaran.

Kawasan terbaru membabitkan sekitar Tanjung Punggai dan Sungai Musuh apabila tumpahan minyak terbabit mula memenuhi kawasan pantai dan pekerja pembersihan serta penduduk kampung mula menyekat aliran minyak mentah itu daripada memasuki kawasan sungai berdekatan.

Penduduk beberapa kampung berdekatan Pekan Sungai Rengit pula bergotong- royong membersihkan sisa tumpahan minyak itu yang semakin banyak terdampar di tepi pantai membabitkan jarak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Jejak Baru hingga ke Tanjung Punggai.

Antara kampung terjejas dengan tumpahan minyak itu termasuk Sungai Rengit, Langkah Baru, Sungai Buntu, Sungai Kapal, Teluk Empang, Kampung Ghani Othman serta Sungai Musuh.

Seorang penduduk, Ishak Moksan, 45, berkata minyak berkenaan sudah sampai ke kawasan pantai pada Khamis lalu dan sejak kelmarin penduduk bergotong royong memungut sisa tumpahan itu dan dimasukkan ke dalam tong besar sambil pekerja Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Laut turut melakukan kerja pembersihan.

Tiada ulasan: