Ahad, 30 Mei 2010

Orang Ramai Sokong Skim Air Percuma Untuk Penghuni Pangsapuri

TV SELANGOR

Kerajaan Selangor baru-baru ini telah memperkenalkan Sistem Kupon bagi membolehkan penghuni pangsapuri kos rendah menikmati pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan.

Sistem Kupon ini adalah salah satu Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan meringankan beban yang ditanggung rakyat berikutan kos hidup yang semakin tinggi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

"Saya rasa bangga dengan Negeri Selangor kerana berbeza dengan negeri lain, dan mereka mengotakan apa yang dijanjikan. Bagi saya apa yang mereka lakukan usaha berdikit-dikit memandangkan kita baru sahaja ingin menjana ekonomi. Jadi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor" kataPenduduk USJ, Akhwan Afendi Zulkifli.

"Alhamdulillah kalau betul begitu. Sebagai pemerintah ini ialah cara untuk membantu rakyat jelata, dengan pemberian kupon air ini kita memang menyokong" penduduk USJ, Almi Harun.

Pangsapuri Sri Tanjung yang mempunyai 1,000 unit rumah yang terletak di USJ 16, subang Jaya, telah dipilih sebagai perintis kepada porgram Sistem Kupon yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pada majlis pelancaran itu, Menteri Besar telah menyampaikan kupon kepada kira-kira 500 pemilik unit rumah membabtitkan bayaran rebet sebanyak RM 72, 480 setahun.

Pengsapuri Sri Tanjung akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dan jika berjaya, Sistem Kupon ini akan diperluaskan ke perumahan Rumah Kos Rendah (RKR) yang lain di Selangor secara berperingkat.

Seramai 168,479 pembeli membabitkan 620 skim perumahan yang belum menukar ke meter individu dijangka mendapat manfaat dari sistem kupon ini, selepas ia dilaksanakan sepenuhnya.

Tiada ulasan: