BERNAMA | ||
|
Turut hadir ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, dua naib presiden - Datuk Dr Subramaniam dan Datuk S K Devamany - setiausaha agung S kurugesan, bendahari Datuk Jaspal Singh, Ketua Wanita MIC Datin Paduka Komala dan pengerusi badan perhubungan MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu.
Samy Vellu mendakwa terdapat usaha sedang dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan pergolakan dalam parti dan menjadikan MIC tidak relevan lagi.
Katanya pergolakan ini boleh melemahkan dan merugikan parti dan kerana itu MIC mesti kuat.
"Sebagai presiden saya berjanji pada semua ahli parti bahawa saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Oleh itu, saya perlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan parti kita kuat dan stabil.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan parti kukuh dan kuat sebelum saya serahkan jawatan saya sebagai Presiden parti kepada pemimpin baru. Kekuatan saya datangnya dari semangat setiap ahli," katanya.
Samy Vellu berkata MIC mempunyai cara sendiri untuk menguruskan parti dan tidak perlu 'orang luar' mencampuri urusannya.
"Kalau guna orang luar campur tangan, kita akan dipergunakan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mahu menghancurkan parti kita. Oleh itu, kita perlu sedar dan saya menyeru agar semua ahli terus memberikan sokongan padu pada parti," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan