Ahad, 30 Mei 2010

Kerajaan hendah muflis, rakyat jadi mangsa

Oleh Sofi Wahab


Menteri KPI BN, Idris Jala berkata jika subsidi minyak terus diberikan kepada rakyat dalam masa 9 tahun lagi negara boleh bangkrap. Jadi dengan kata lain subsidi mesti ditarik balik agar negara selamat dari bangkrap.

Senang sungguh menteri ini bercakap. Tetapi blog ini yakin cakap beliau menggambarkan sikap kerajaan BN yang langsung tidak prihatin terhadap masalah rakyat.

Bila kerajaan susah dan tiada duit maka rakyat akan jadi mangsa. Bukannya mereka memikirkan bagaimana mengurangkan beban rakyat tetapi mereka berfikir bagaimana untuk 'merompak' duit rakyat bagi menyelamatkan kerajaan BN dan pemerintahan mereka.

Tidak pernah mereka berfikir bahawa kerajaan tidak ada duit adalah disebabkan keborosan mereka membelanjakan duit rakyat, ketirisan duit negara akibat rasuah/penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Rakyat seharusnya sedar dan wajib bangkit untuk memberikan amaran kepada pemimpin BN bahawa rakyat sudah tidak tahan lagi dengan sikap pemimpin BN yang zalim dan rakus menekan rakyat bila negara berada dalam kesusahan.

Insya-Allah rakyat akan bangkit menghalau BN dari Putra Jaya pada PRU ke 13 nanti

Tiada ulasan: