TV SELANGOR
Hasrat kerajaan Umno BN untuk menghapuskan subsidi mendapat kritikan hebat dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kesal kerana pemerintah tergamak membiarkan rakyat menanggung beban hutang negara sedangkan penyelewengan, pembaziran rasuah dan korupsi , bermaharaja lela.
Meminta supaya pemotongan subsidi sebagai jalan terakhir, beliau percaya jika amalan negatif ini diatasi, masalah kewangan negara dengan mudah dapat diatasi .
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan kerajaan persekutuan merancang mahu memotong subsidi.
Idris mengatakan kerajaan dapat menjimatkan 103 billion ringgit jika memotong cukai atau berdepan masalah bangrap seperti Greece.
"Tetapi bagaimana boleh kita persetujui bahawa inilah satu formula untuk mengatsi masalah atau krisis ekonomi negara. Oleh kerana ini bukan satu jawapan atau satu formula, inilah apa yang kita boleh sebut sebgai simtom sahaja. Bukan penyakit. Ia lebih besar. Oleh kerana 50 tahun adalah salah guna kuasa, penyelewengan, korupsi yang bermaharaja lela. Kalau kita mahu selesai masalah ekonomi negara, bukan sahaja kita perlu kurang subsidi yang berperingkat, yang sebagainya. Tapi lebih penting untuk menghapuskan, membasmikan segala pembaziran, penyalahgunaan dan korupsi di Malaysia, ini langkah pertama" ujar Ketua Parlimen DAP itu
Mengikut kajian, gejala rasuah dalam pentadbiran negara punca kerugian 10 hingga 28 billion ringgit setahun.
Kit Siang kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gagal memainkan peranan, sebaliknya menjadi perkakas untuk menyerang pimpinan Pakatan Rakyat.
"17 bulan selepas SPRM ditubuhkan, apa hasilnya?Ada hasilnya, Teoh Beng Hock dikorbankan. Tetapi manalah orang-orang besar, orang kaya yang ditangkap?Apa yang kita lihat, dalam 17 bulan ini, SPRM melancarkan perang terhadap pakatan rakyat, bukan terhadap rasuah Ini bukan tujuan SPRM, ini satu penyalahgunaan kuasa SPRM" terang Kit Siang lagi
Kit Siang berpendapat pemotongan subsidi bukan formula mengatasi masalah ekonomi negara jika amalan negative terus-terusan berleluasa.
"Kita cabar perdana menteri, kita mencabar kerajaan Umno dan BN untuk menjimatkan 103 bilion ringgit. dalam kempen membasmikan rasuah, pembaziran, dan segala penyalahgunaan kuasa. 1 ringgit ke 1 ringgit dollar to dollar challenge. Setuju tak? Kalau boleh, mungkin kita boleh timbang mengenai program untuk kurangkan subsidi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan