Rusli Islam |
KUALA LUMPURi: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Ismail (gambar) telah kembali ke rahmatullah jam 3 petang tadi di kediaman beliau, Taman Kasawari, Bukit Rotan. Menurut anaknya, Mus'ab ketika dihubungi, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Piai pada pukul 10 pagi esok. Sebelum ini, Ustaz Ahmad telah menjalani rawatan kimoterapi kerana mendapat jangkitan kuman di kiri leher sejak beberapa bulan yang lalu. Allahyarham yang juga merupakan mantan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dikatakan tidak pernah ketinggalan semenjak pertama kali menjadi perwakilan Dewan Ulamak ke Muktamar PAS Pusat. "Beliau banyak banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan organisasi parti terutamanya dalam hal-hal kepejabatan di Dewan Ulamak PAS Pusat," kata Ustaz Wan Ahmad Rashidi Wan Othman, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat. Allahyarham juga meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. |
Jumaat, 28 Mei 2010
Setiausaha Dewan Ulamak WP meninggal dunia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan