Jumaat, 28 Mei 2010

Lelaki 28 Tahun Kaya Raya, Najib Dicabar Nafi Kaitan Dengan Jho Low?


TV SELANGOR

KOTA BAHRU : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur menafi kaitan mereka dengan individu bernama Taek Jho Low.

Beliau berkata, Najib dan Rosmah perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaannya engenai Jho Low berikutan mereka didakwa ada hubungan dengannya.

Berucap pada kongres AMK di Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini, Shamsul berkata, lelaki itu mengikut akhbar New York Times dan Malay Mail sebagai seorang yang boros berbelanja dan gemar berparti.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Sehubungan itu, Shamsul meminta penjelasan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tiada ulasan: